Perlengkapan Senjata daripada AllahSampel
Anak panah berapi tidak digunakan untuk membunuh atau membinasa; tetapi digunakan untuk mengalihkan perhatian.
Musuh anda ingin mengalihkan perhatian anda, saudari. Supaya ia boleh memerangkap anda semasa anda tidak sedar. Dengarlah saya—ia tidak melepaskan anak panahnya secara sembarangan. Ia mengikut strateginya. Ia sudah meneliti kecenderungan dan tabiat anda, ketakutan terdalam dan kelemahan anda, dan ia menyasarkan lingkungan tersebut secara khusus. Ia sedar bahawa ia tidak dapat memusnahkan anda. Anda selamat secara abadi dalam Yesus. Namun, ia memang berniat untuk memesongkan perhatian anda dengan memulakan banyak sekali api dalaman dalam kehidupan anda—seperti ketidakyakinan, intimidasi, kekhuatiran, kerisauan, atau kesibukan. Ia mahu anda tidak terfokus sementara ia menyelinap di belakang.
Dalam Efesus 6, Paulus memberikan tali pinggang, perisai dada, dan kasut sebagai seragam rohani yang harus dipakai oleh orang percaya setiap masa. Minit demi minit. Hari demi hari. Namun, berhubungan dengan perisai iman, ia memerintah agar perisai itu "diambil."
Lihatnya seperti ini: Seorang jururawat mungkin memakai scrubs setiap hari di tempat kerja kerana itu adalah seragamnya. Namun, bila perlu ia akan mengambil stetoskop, mesin tekanan darah, atau mana-mana alat yang perlu digunakan untuk merawat pesakitnya. Demikian juga, kita mesti sentiasa memakai seragam harian kita yang telah diberikan oleh Tuhan, di samping bersiap sedia untuk "mengambil" peralatan lain bila perlu.
Perlengkapan senjata yang pertama ini ialah perisai iman. Sebaik sahaja kita merasakan anak panah berapi menyusupi kehidupan kita, kita mengaktifkan iman sebagai perisai perlindungan kehidupan kita.
Jangan terlepas ironi di sini. Musuh melepaskan anak panah berapi ke dalam kehidupan anda terutamanya ketika anda dipanggil untuk berjalan berdasarkan iman. Anak panah tersebut diniatkan dengan sengajanya untuk menghalang anda daripada melakukan satu-satunya tindakan yang berkuasa memadamkan api itu: berjalan berdasarkan iman!
Iman menyebabkan anak panah yang berapi untuk berdesis. Apakah yang Allah minta anda lakukan? Lakukannya! Berdasarkan Iman.
Kitab
Perihal Pelan
Sepanjang hari, setiap hari, suatu peperangan yang tidak kelihatan meletus di sekeliling anda — tidak kelihatan, tidak kedengaran, namun dirasakan dalam setiap aspek kehidupan anda. Musuh setia yang jahat ingin mengucar-ngacirkan setiap perkara yang penting kepada anda: hati anda, fikiran anda, perkahwinan anda, anak anda, hubungan anda, semangat anda, impian anda, takdir anda. Walau bagaimanapun, rancangan pertempurannya bergantung kepada memerangkap anda tanpa disedari dan tanpa senjata. Jika anda sudah jelak dengan diarah-arahkan dan terperangkap semasa tidak berwaspada, pengajian ini adalah sesuai untuk anda. Musuh sentiasa gagal dengan teruk apabila dia menemui perempuan yang mengenakan pakaian yang sesuai. Perlengkapan senjata daripada Allah, lebih daripada gambaran alkitabiah semata-mata tentang inventori orang percaya, adalah rancangan tindakan untuk mengenakannya dan mengembangkan strategi diperibadikan untuk mencapai kemenangan.
More