Perlengkapan Senjata daripada AllahSampel
Pada hakikatnya, perlengkapan senjata rohani yang digambarkannya dalam Efesus 6 cumalah ulangan—cara lain untuk menggambarkan—apa yang dijelaskan Paulus dalam bahagian pertama surat itu. Bagaimanakah mereka boleh "memakai" atau "mengambil" sesuatu yang mereka tidak sedar dimiliki mereka? Langkah pertama bagi mereka—langkah pertama untuk kita—untuk menggunakan sumber rohani yang telah diberikan kepada kita adalah membuka mata rohani kita supaya kita dapat melihat sumber tersebut.
Kisah Elisa dan hambanya yang cacat penglihatan dalam 2 Raja-raja 6 adalah salah satu daripada cerita kegemaran saya dalam Alkitab. Latar kisah itu adalah pertempuran yang bakal meletus antara raja Aram yang marah dan bangsa Israel.
Hamba Elisa dapat tengok betul-betul. Pada mulanya, ia hanya dapat melihat musuh, yang membuatnya rasa takut dan bimbang.
Walau bagaimanapun, ia segera melihat realiti rohani yang mengubah keadaan: lebih banyak sumber yang boleh digunakannya pada bila-bila masa dan bekerja bagi pihaknya daripada apa yang dapat dibayangkannya. Perkara yang dilihat oleh mata fizikalnya tidak dapat menandingi apa yang tidak dapat dilihat oleh mata fizikalnya. Doa Elisa membantu menyedarkannya akan semua sumber dan kekuatan yang berlawan bagi pihaknya.
Demi menjadi yakin dan menang, anda perlu berupaya "melihat".
Dalam Efesus 1, Paulus menegaskan beberapa kurnia yang diberikan oleh Allah kepada kita. Terdapat lebih banyak lagi, dan setiap satunya berhubung secara khusus dengan perlengkapan dan senjata rohani anda. Kunci pertama untuk memahami bagaimana semua itu memadani keupayaan anda untuk memerangkap musuh adalah penglihatan. Anda tidak dapat menggunakannya jika anda tidak dapat mengecamnya sepenuhnya, jika anda tidak sedar akan ketersediaan dan kepentingannya untuk memenangi pertempuran menentang musuh.
Kemenangan bermula di sini. Kemenangan bermula hari ini. Kemenangan bermula dengan doa untuk penglihatan.
Jadi, sertailah Paulus untuk meminta Tuhan untuk membuka mata anda dengan sepenuhnya supaya anda bukan sahaja dapat mengesan aktiviti musuh, malah menyedari sepenuhnya akan apa yang telah diberikan oleh Allah kepada anda untuk melucutkan senjata musuh dan menewaskannya dalam kehidupan anda.
Kitab
Perihal Pelan
Sepanjang hari, setiap hari, suatu peperangan yang tidak kelihatan meletus di sekeliling anda — tidak kelihatan, tidak kedengaran, namun dirasakan dalam setiap aspek kehidupan anda. Musuh setia yang jahat ingin mengucar-ngacirkan setiap perkara yang penting kepada anda: hati anda, fikiran anda, perkahwinan anda, anak anda, hubungan anda, semangat anda, impian anda, takdir anda. Walau bagaimanapun, rancangan pertempurannya bergantung kepada memerangkap anda tanpa disedari dan tanpa senjata. Jika anda sudah jelak dengan diarah-arahkan dan terperangkap semasa tidak berwaspada, pengajian ini adalah sesuai untuk anda. Musuh sentiasa gagal dengan teruk apabila dia menemui perempuan yang mengenakan pakaian yang sesuai. Perlengkapan senjata daripada Allah, lebih daripada gambaran alkitabiah semata-mata tentang inventori orang percaya, adalah rancangan tindakan untuk mengenakannya dan mengembangkan strategi diperibadikan untuk mencapai kemenangan.
More