Set Semula Selepas Paskah: Pelan Rehat YouVersion untuk Warga PastorSampel

Rehat.
Anda bekerja keras untuk bersedia untuk hujung minggu Paskah yang lalu.
Barangkali selama beberapa minggu.
Luangkan masa dan memperhitungkan tenaga yang telah anda berikan …
… Rancangan yang telah anda buat …
… Tugas yang telah anda lengkapkan.
(Berhenti sejenak ketika ini jika perlu.)
Banyak hal mungkin berjalan seperti yang dijangka.
Harap-harap, anda telah diberkati dengan beberapa kejutan sepanjang proses itu.
Walau bagaimanapun, besar kemungkinan ada beberapa hal yang tidak berjalan seperti yang dirancang.
Sekarang, pertimbangkan perkara berikut:
Tiada perkara yang berlaku pada beberapa minggu kebelakangan ini memeranjatkan Allah.
Anda sedar bahawa memanglah rancangan-Nya untuk menebus segala sesuatu, secara beransur-ansur.
Anda sedar bahawa semua pengalaman anda membentuk siapa anda pada masa akan datang.
Anda sedar bahawa anda mengasihi Allah.
Anda sedar bahawa anda telah dipanggil berdasarkan tujuan-Nya.
Maka, anda juga menyedari bahawa Dia mengendalikan segala sesuatu demi kebaikan anda.
Meskipun pada musim yang sukar.
Barangkali terutamanya pada waktu seperti itu.
Hari ini, tarik nafas panjang.
Berharap dalam janji-Nya.
Terimalah rehat yang disediakan oleh-Nya untuk anda…
Rehat yang ditunjukkan oleh-Nya untuk anda.
Perihal Pelan

Disebabkan kehadiran biasanya bertambah pada hari Ahad semasa orang Kristian meraikan Kebangkitan Yesus, hujung minggu Paskah mewakili salah satu waktu yang paling memuaskan — dan mencabarkan — dalam sesetahun itu bagi pemimpin gereja. Kami telah menghasilkan Pelan audio Rehat YouVersion ini untuk membantu kakitangan gereja meraikan segala sesuatu yang telah dilakukan oleh Allah, berehat daripada kerja yang terlibat dalam penyediaan dan pelaksanaan, dan set semula untuk pelayanan akan datang.
More