Set Semula Selepas Paskah: Pelan Rehat YouVersion untuk Warga PastorSampel
Kami telah merancang Pelan ini untuk membantu anda set semula, dan untuk memperbaharui minda anda dengan membenarkan Alkitab untuk memenuhi anda. Untuk pengalaman yang terbaik, kami mencadangkan supaya anda mencari satu tempat yang senyap dan mendengar menggunakan fon telinga, dengan mata tertutup. Ketik ikon Main untuk mendengar.
Membuat renungan.
Mengenangkan beberapa hari yang lepas.
Mengingatkan diri, satu demi satu, tentang semua perkara yang anda perhatikan Allah lakukan melalui gereja anda.
Bayangkan wajah beberapa orang yang telah dihimpunkan oleh Yesus.
Sekarang, unjurkan fikiran anda ke masa depan.
Fikirlah tentang beberapa cara anda menjangka Roh Kudus akan mengubah kehidupan mereka itu kelak.
Kemudian, fikirlah tentang generasi yang akan menyusul, hidup orang yang akan menjadi berbeza kerana transformasi mereka itu.
Selepas hujung minggu Paskah ini, luangkan masa untuk berhenti sejenak dan membuat renungan.
Perlahankan diri.
Tarik nafas, dengan perlahan-lahan, dan menahan nafas.
Sekarang—hembuskan nafas—dengan perlahan-lahan.
Rasakanlah sendiri betapa baiknya TUHAN.
Dia sajalah yang layak menerima segala kemuliaan dan penghormatan dan pujian kita.
Apabila anda sudah bersedia, luangkan masa untuk berdoa:
Terima kasih, Bapa.
Terima kasih kerana hadiah Anak-Mu.
Terima kasih kerana Engkau telah mengutuskan Penghibur.
Terima kasih kerana kasih kurnia-Mu dan rahmat-Mu.
Terima kasih kerana Engkau mengundang kita untuk menjadi keluarga-Mu.
Terima kasih kerana Engkau melengkapkan kita, dan kerana Engkau mencurahkan Roh-Mu kepada kita.
Terima kasih kerana Engkau memilih kita—kerana memilih saya—untuk berkongsi kasih-Mu dengan dunia ini.
Dalam nama Anak-Mu, Yesus, yang berharga,
Amin.
Perihal Pelan
Disebabkan kehadiran biasanya bertambah pada hari Ahad semasa orang Kristian meraikan Kebangkitan Yesus, hujung minggu Paskah mewakili salah satu waktu yang paling memuaskan — dan mencabarkan — dalam sesetahun itu bagi pemimpin gereja. Kami telah menghasilkan Pelan audio Rehat YouVersion ini untuk membantu kakitangan gereja meraikan segala sesuatu yang telah dilakukan oleh Allah, berehat daripada kerja yang terlibat dalam penyediaan dan pelaksanaan, dan set semula untuk pelayanan akan datang.
More