Tahun Baru, Allah yang SamaSampel

New Year, Same God

HARI 3 DARIPADA 4

Percayalah diri

Memanglah mudah untuk melihat kebaikan dalam segala hal dan setiap orang. Kita menghabiskan hidup kita mengagumi dan memuji bakat dan rupa orang lain, dan itu adalah baik. Namun, berkenaan diri sendiri, tidaklah semudah itu. Mahu atau tidak, anda akan menghabiskan seluruh hayat dengan diri sendiri, maka janganlah mengetepikan nilai anda!

Allah telah mencipta setiap orang dengan bakat dan keupayaan yang berbeza, mencipta kita menurut rupa Dia, dan memandang tinggi terhadap kita. Dia melihat semua potensi yang kita miliki, dan dalam firman-Nya Dia telah meninggalkan banyak peringatan tentang betapa penting dan berharganya anda ini, kerana Dia tahu ada kalanya anda akan lupa akan hal itu.

Mempercayai diri sendiri dan menghargai bagaimana Dia telah mencipta anda adalah penting. Berapa banyak hal yang tidak dicuba kerana anda fikir anda tidak memadai? Kadang-kadang kita terlepas peluang yang baik kerana tidak mempercayai bahawa kita mampu. Saya berharap kita semua boleh memulakan tahun yang penuh berkat, bukannya penuh keraguan. Tahun ini ialah tahun kepercayaan, bukan ketakutan. Tahun ini ialah tahun untuk menerima cabaran kerana "segala sesuatu yang anda inginkan terletak di sebelah sana ketakutan" (Jack Canfield).

Yang berikut ialah empat petua untuk menambahkan keyakinan diri anda:

1. Fikirlah bahawa anda mampu. Semuanya bermula di dalam otak anda, oleh itu, memanglah penting untuk memiliki fikiran yang positif. Langkah pertama untuk mencapai sesuatu ialah mempercayai bahawa anda dapat melakukannya.

2. Bercakap dengan orang yang mengasihi anda. Orang yang menghargai anda biasanya melihat aspek diri anda yang tidak disedari anda dan mengingatkan anda betapa berharganya anda ini. Berhimpunlah dengan orang yang membuat anda rasa diperlukan dan dikasihi (Contohnya, Allah).

3. Carilah sesuatu yang menarik atau sesuatu yang anda mahir lakukan. Sesungguhnya, lebih mudah, dan saya berani mengatakan baik, untuk memperjuangkan sesuatu yang betul-betul disukai. Pastikan anda mencari perkara yang betul-betul diminati, supaya kehendak dan usaha anda adalah lebih besar.

4. Percayalah apa yang Allah katakan tentang anda. Anda adalah amat penting sehinggakan jika Yesus perlu memberikan hidup-Nya lagi untuk anda, Dia akan melakukannya. Dalam Alkitab, terdapat banyak ayat yang indah khususnya untuk anda. Allah berkata anda dikasihi, anda kuat, anda berharga dan anda mampu. Jika Raja alam semesta mempercayai anda, mengapakah anda tidak mempercayai diri?

Hari ini anda boleh memilih untuk berhenti meragui diri. Tahun ini mungkinlah tahun anda melihat seseorang yang indah dan sempurna dalam Kristus setiap kali anda melihat cermin. Jangan membenarkan ketidakyakinan dan ketakutan untuk mengawal hidup anda, Allah sudah menguasainya.

Aktiviti: Kenal pasti tiga perkara yang didapati sukar untuk dihargai tentang diri anda. Perkara yang anda dapat ubah, ubahlah; Perkara yang anda tidak dapat ubah, sukalah perkara itu.

Leslie Ramírez

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

New Year, Same God

Tahun baru sudah sampai dan disertai matlamat serta azam baru yang ingin dicapai. Setiap sesuatu dalam dunia ini telah berubah; walau bagaimanapun, kita mempunyai Allah maha kuasa yang sama, yang dapat memberikan kita tahun yang diberkati. Sertai saya untuk 4 hari seterusnya yang akan membantu kita memulakan tahun ini dengan tujuan.

More

Kami bersyukur kepada Leslie Ramírez Lázaro kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://aboutleslierl.web.app/