Tahun Baru, Allah yang SamaSampel
Matlamat untuk dicapai.
Wau, akhirnya tahun baru! Saya rasa amat terdorong dan bersedia untuk menyambutnya.
Kebenarannya ialah setiap orang memulakan tahun baru secara berbeza, jadi saya menanya beberapa orang kawan saya tentang perasaan mereka semasa tahun baru sampai, perkara yang dilakukan dan jika mereka merancang sesuatu. Beberapa respons mereka ialah:
- "Sebenarnya saya tidak menetapkan banyak matlamat kerana saya tahu saya tidak akan mencapainya, tapi saya rasa gembira kerana dapat mengakhiri tahun ini dan masih hidup."
- “Kadang-kadang saya rasa baik, kadang-kadang saya tidak berfikir tentangnya, bergantung pada cara tahun ini berakhir. Saya mempunyai matlamat, kira-kira tujuh pada awal tahun."
- "Biasanya, saya menantikan tahun baru dengan sentiasa berfikir, saya menganalisis apa yang diinginkan dan perasaan saya ketika itu."
- "Semasa memulakan tahun baru, saya rasa saya bertanggungjawab memenuhi setiap keinginan saya dan berusaha untuk mengamalkan tabiat yang memperbaik diri."
- “Saya rasa saya belum bersedia. Tahun baru sudah sampai, saya masih inginkan hal yang sama saja."
Adakah anda mengaitkan diri dengan mana-mana respons tersebut? Setiap satunya mempunyai satu faktor sepunya: Semuanya mempunyai sekurang-kurangnya satu matlamat. Walau apa pun sikap anda pada permulaan tahun ini, memanglah penting bahawa anda juga menetapkan matlamat untuk menjadikan tahun ini bermakna. Matlamat membantu kita membina atas sesuatu, menimbulkan disiplin dan tanggungjawab sepanjang jalannya. Apakah yang ingin anda lakukan? Tetapkan matlamat yang anda tahu dapat dicapai, tetapi yang mencabar pada masa yang sama.
Semasa hidup, kita akan sentiasa berpeluang mengubah dan memperbaik, jadi mempergunakanlah peluang ini. Ada sekali, seorang kawan memberitahu saya bahawa ia tidak mempunyai matlamat, bahawa ia akan melepaskan segala sesuatu dan mengikut aliran. Adakah anda rasa ia akan mengalami tahun yang bermakna? Kemungkinannya adalah kecil. Perkara tidak berlaku begitu sahaja, kita perlu memungkinkannya berlaku.
Allah tidak membawa anda ke dunia ini tanpa makna, Dia ingin melihat anda berkembang, memperbaik diri dan mencapai apa yang diingini. Dia sudah menjelaskan bahawa Dia mempunyai rancangan untuk anda. Matlamat kita dalam hidup mungkin berubah, tetapi Allah tetap sama, sentiasa bersedia untuk menguatkan kita dan menolong kita mencapai apa-apa menurut kehendak-Nya.
Aktiviti: Senaraikan 10 matlamat yang anda ingin capai pada tahun ini, daripada matlamat yang paling senang kepada yang memerlukan usaha yang paling besar. Kenal pasti tabiat yang perlu dikembangkan untuk mencapai matlamat tersebut.
Leslie Ramírez
Perihal Pelan
Tahun baru sudah sampai dan disertai matlamat serta azam baru yang ingin dicapai. Setiap sesuatu dalam dunia ini telah berubah; walau bagaimanapun, kita mempunyai Allah maha kuasa yang sama, yang dapat memberikan kita tahun yang diberkati. Sertai saya untuk 4 hari seterusnya yang akan membantu kita memulakan tahun ini dengan tujuan.
More