Segala yang Saya PerlukanSampel
Kerap kali, semasa saya fikir bahawa saya amat menginginkan atau memerlukan sesuatu yang baru dalam kehidupan saya, apa yang betul-betul didambakan oleh saya ialah hadirat Allah, suara Allah, dan Firman Allah. Dalam hadirat-Nya, ketakutan melarikan diri lebih cepat daripada cicak kecil yang membarisi laluan jalan kecil South Florida, ketenangan jatuh seperti selimut panas pada hari bersalji, dan impian melompat dan menari dengan sukacita yang baru diperoleh.
Impian yang kita tidak sedar wujud dalam hati kita.
Dalam hadirat-Nya, kita bermimpi dengan cara yang baru. Kita menjajarkan diri dengan hati-Nya kerana Dia diam dalam hati kita dan mengubah kita dari dalam. Kita menemukan tujuan melalui Kebenaran Firman-Nya. Dalam hadirat-Nya, apa jua yang kita perlukan mengalir dalam setiap aspek hidup kita. Daripada kelimpahan itu kita mencipta dengan Pencipta Agung, dan Pencipta Agung itu mencipta melalui kita.
Dia sentiasa dan selama-lamanya mengerjakan perkara yang baru daripada lingkungan hidup kita yang lama dan tandus. Allah bukan sahaja mengubah keadaan dan pertempuran anda, malah menuliskan cerita yang BARU, kenangan yang BARU, dan pengembaraan yang BARU.
Hadirat Allah memulihkan benda yang remuk. Ini bukan kerana apa-apa yang telah kita lakukan, tetapi kerana Dia sempurna. Dia tidak remuk; Dia tidak rosak. Dia tidak berpecah-belah ataupun tidak bersambung; Dia tidak luka atau cacat. Dia tidak cedera; Dia lengkap. Dia tidak tersinggung. Dia sihat.
Dan melalui Yesus Kristus, kita jugalah sempurna. Kita diperbaharui dalam hadirat-Nya.
Tiada yang setanding dengan menyelami hadirat-Nya semasa mengejar bahagian kita melalui-Nya. Tiada yang setanding dengan mengejar Pemberi.
Kejarlah Pemberi anda dengan pujian dan kesyukuran, dengan penyembahan, dan dengan kebenaran Firman-Nya.
Jangan selalu cuba mengejarnya bersendirian, meskipun dalam keadaan serba salah atau memalukan. Lawanlah keinginan untuk berundur ke sofa berseorangan yang selesa (atau dengan teman Netflix yang tidak berhasil). Allah berjanji bahawa Dia akan menyertai kita apabila dua atau tiga orang berkumpul dalam nama-Nya. Saya pernah melihat mukjizat luar biasa yang berlaku dalam hati dan tubuh orang yang mencari Allah bersama-sama… Saya pernah mengalaminya sendiri. Sertai komuniti dan kekal dalam komuniti. Demikianlah caranya kita berkembang.
Khabarkan bahawa Allah ialah Allah atas setiap musim yang baik dan buruk, musim yang kering mahupun berbuah, dan musim yang sibuk serta tenang. Dia ingin mendengar kita mengkhabarkan kebenaran ini, kerana kebenaran-Nya adalah baik dan kuat. Apabila kita mengucapkan kebenaran-Nya, kita menemukan sukacita dan kita dipenuhi kesyukuran. Dia inginkan kesyukuran kita, pujian kita, dan penyembahan kita kerana Dia tahu itu akan mengingatkan kita bahawa Dia ada di takhta dan memimpin kita dalam segala sesuatu yang kita hadapi sekarang ini.
Jantung saya berdenyut untuk anda, pembaca kata-kata ini. Lebih daripada semua yang lain, saya berharap anda mengenali Dia, dan mengetahui betapa baiknya Dia itu. Dia tidak meninggalkan kita bersendirian, Dia tidak duduk dan melihat kita menjaga diri sendiri apabila kita meminta pertolongan-Nya.
Dia berjanji bahawa semasa kita mencari-Nya, kita akan menemui-Nya. Walau di mana pun kita berada, dan bagaimana kita tiba di sana, Allah mempunyai bahagian sempurna yang menantikan kita.
Renungan dan Doa Penutup
Allah, setiap pemberian yang baik dan sempurna adalah daripada Engkau, dan kami tidak dapat memahami apa yang Engkau sediakan untuk kami pada masa akan datang… tetapi kami tahu bahawa Engkau sudah menyediakannya, sudah membayarnya, sudah membuka jalan untuk kami supaya kami memperolehnya.
Allah, kami ingin mendampingi-Mu. Kami ingin memandang wajah-Mu, mendengar suara-Mu, menyelami Kasih sempurna-Mu. Kasih yang tidak dicabul. Kasih sesuci tangisan bayi baru lahir.
Jumpalah orang yang sedang membaca ini di mana jua mereka berada sekarang ini, kerana Engkau sangat mengenali mereka. Engkau mengetahui pergelutan, pertempuran, kegagalan, dan gunung yang dihadapi oleh mereka. Engkau tahu apa yang diperlukan untuk menang, dan Engkau sudah memenanginya. Lebih daripada pemberian yang baik, Engkau membawa hadirat-Mu kepada mereka sekarang ini.
Dalam ketegangan, dalam kegelapan, dalam pertempuran, di tanah gersang, kami tidak akan berhenti memuji-Mu, menyembah-Mu, berseru kepada-Mu, mempercayai-Mu, merendahkan diri terhadap-Mu, dan mengingati bagaimana Engkau telah membawa kami ke sini dengan setia.
Kami berharap kepada-Mu, ya Tuhan. Engkaulah bahagian kami yang sempurna. Engkaulah segala sesuatu yang kami perlukan.
Perihal Pelan
Allah memimpin kita dan melindungi kita. Dia sudah memenangi pertempuran kita. Dia melindungi kawasan sempit. Dia tidak terkejut melihat bola lambut. Renungan terfokus 3 hari ini akan mendorong anda dalam kebenaran bahawa Allah ialah pembekal bahagian yang tepat, sukatan yang tepat, bagi hidup anda.
More