Segala yang Saya PerlukanSampel
Disebabkan Allah memimpin kita dan melindungi kita, Dia sudah memenangi pertempuran kita. Dia melindungi kawasan sempit. Dia tidak terkejut melihat bola lambut. Semakin kita cuba untuk mengacu-acukan pedang dan maju tanpa Dia, semakin kita akan menjadi letih dan bergelut. Dia memimpin kita dan memberikan kita sukatan keselamatan yang kita perlukan. Bahagian tepat yang telah dikhususkan untuk kita.
Benar-benar tiada hal yang lebih baik daripada bahagian yang telah dikhususkannya untuk hidup anda, kerana bahagian anda yang telah dipersiapkan oleh Allah adalah untuk anda sahaja. Bahagian anda akan memberikan anda kesempurnaan dan kelimpahan, tetapi tidak semestinya untuk orang lain. Demikian juga, bahagian orang lain tidak semestinya dalam bentuk yang diperlukan oleh anda. Anda menjadi sedar sepenuhnya dan hidup sepenuhnya dalam bahagian Allah yang tersukat dan sempurna untuk anda.
Allah mahu memberikan anda bahagian-Nya untuk hidup anda. Dia tidak menahan pemberian yang baik, Dia menyempurnakan pemberian yang baik. Jika anda meminta roti daripada-Nya, Dia tidak akan memberikan anda batu… jadi mintalah! Dia tidak sabar untuk melihat anda menikmati bahagian itu, sukatan itu, yang menjadi milik anda secara baik dan tersendiri.
Janganlah meminta dengan pendapat praanggap tentang bahagian itu.
Apabila kita pergi di hadapan Allah dan membentuk impian serta matlamat kita tanpa menyelaraskannya dengan tujuan Allah, kita mendapati diri kecewa.
Ingatlah hari ini bahawa Dia ialah bahagian ANDA, bahawa Dia mempunyai pemberian yang telah disukat dan dibeli dengan teliti untuk anda. Yesus Kristus bekerja untuk anda. Dia berjerih-jerih untuk anda. Dia bertahan untuk anda. Dia berdarah untuk anda. Dia mati untuk anda. Pertama sekali, Dia bukan sahaja menanggung semua pertempuran anda malah menewaskan setiap perkara yang mengancam anda supaya anda boleh menjalankan hidup yang hidup sepenuhnya.
Allah ialah segala sesuatu yang anda perlukan. Semalam, hari ini, dan selama-lamanya.
Semua perbincangan tentang bahagian ini membuat saya lapar. Saya akan pergi mendapatkan biskut.
Renungan:
- Apakah perbezaan antara menginginkan sesuatu dan memerlukan sesuatu? Saya melihatnya seperti kek coklat. Saya selalu menginginkannya, tetapi saya tidak pernah memerlukannya. Adakah anda percaya bahawa bahagian yang telah disediakan oleh Allah untuk anda adalah berdasarkan keinginan atau keperluan? Baca Matius 6:26-33. Apakah yang dikatakan oleh Allah kepada anda melalui firman-Nya dalam ayat tersebut?
- Sering kali, mengetahui bahagian Allah menghendaki kita untuk mendekati-Nya, untuk membaca Firman-Nya dan mengejar hadirat-Nya. Bagaimanakah anda berbuat demikian pada hari ini?
Perihal Pelan
Allah memimpin kita dan melindungi kita. Dia sudah memenangi pertempuran kita. Dia melindungi kawasan sempit. Dia tidak terkejut melihat bola lambut. Renungan terfokus 3 hari ini akan mendorong anda dalam kebenaran bahawa Allah ialah pembekal bahagian yang tepat, sukatan yang tepat, bagi hidup anda.
More