Mengucapkan HidupSampel
Media Sosial
Saya tidak dapat mengakhiri pelan Alkitab MENGUCAPKAN HIDUP ini tanpa memberikan komen tentang dunia Media Sosial yang didiami kita sekarang. Tidak diragui, media sosial adalah pengaruh yang BESAR terhadap fikiran kita, oleh itu, terhadap minda kita. Ini merupakan sumber input yang amat mendominasi. Pernahkah anda mempertimbangkan nilai memberikan hidup yang positif daripada media sosial melawan jerat membinasa dan negatifnya yang biasa?
Banyak orang mengalami kebimbangan dan kemurungan dewasa ini. Saya percaya kita dapat mengesani punca terjadinya ini kepada input negatif yang sangat banyak dan juga sangat sedikit masa dalam sifat atau Firman Allah yang memberikan hidup. Sama ada TV anda, akaun FB, akaun Twitter atau akaun Instagram anda, anda perlu pertimbangkan masa skrin anda. Kebanyakan daripada kita akan terkejut apabila mendapat tahu tentang jumlah masa yang kita betul-betul habiskan dengan mata yang terpaku pada skrin. Jangan salah faham. Saya percaya terdapat gambar, hantaran dan video tersedia yang memberikan hidup. Namun, setakat ini, kita memenuhi minda kita dengan banyak sampah, megah diri, dan percakapan seolah-olah serba tahu melalui amat banyak input negatif. Kebanyakan daripada kita tidak tahu akan korelasi antara masa skrin dan kemurungan. Kebanyakan daripada kita tidak berfikir bahawa INPUT mempengaruhi OUTPUT. Kita tidak perlu risau tentang pendapat orang lain, hanya pendapat Allah.
Dunia ini, berita dan keadaan kita boleh membuat kita rasa seolah-olah kita sedang berjalan di gurun atau tanah tandus yang kering. Jiwa kita mendahagakan kehidupan dan mesti diberikan makanan yang memberikan hidup. Firman-Nya. Ciptaan-Nya. Persekutuan-Nya. Adakah anda rasa murung kerana berjalan terlalu lama di gurun atau tanah tandus kering media sosial dan masa skrin? Datanglah kepada air yang memberikan anda hidup dan membenarkan Dia untuk memuaskan jiwa anda. Matikan skrin tersebut dan bukalah Firman Allah. Mintalah Dia untuk menemui anda dalam Firman-Nya dan menghidupkan Firman-Nya. Kemudian, keluarlah. Berjalan-jalan. Bermain layang-layang. Baca buku yang baik. Jumpa kawan yang memberikan hidup.
Bolehkah saya mencabar anda untuk mengambil cuti sabatikal daripada media sosial? Berdoa apabila anda melakukan ini dan tetapkan jangka masanya. Ini bagaikan sejenis puasa. Selepas itu, jika anda rasa bahawa cuti sabatikal ini adalah berguna, buatlah komitmen untuk mengehadkan masa yang anda habiskan untuk media sosial. Berfikir-fikir untuk menghantar kandungan yang menggalakkan atau berpusatkan Kristus sahaja. Memandangkan terdapat banyak perpecahan di negara kami, buatlah keputusan tentang apa yang akan anda bawa untuk membina, memberikan ilham dan mengucapkan hidup terhadap dunia yang sedang menderita.
Kehidupan bolehlah lebih mudah dan kurang tertekan. Kita boleh berharapan besar. Kita perlu menggantikan masa skrin yang digunakan untuk membaca hal yang tidak penting dengan menghabiskan masa itu dengan Seseorang yang penting!
Jika anda ingin menjalankan kehidupan, mengucapkan hidup dan memberikan hidup dengan sepenuhnya, anda mesti berfikir-fikir tentang INPUT anda. Ubah input anda, berubahlah output anda. Kehidupan ini sekejap sahaja. Mulalah SEKARANG.
Renungan: Bagaimanakah anda boleh membuat perubahan untuk mengurangkan atau menghapuskan masa skrin media sosial anda? Apakah beberapa perkara produktif yang anda boleh buat dengan masa lapang anda?
Doa: Ya Tuhan! Tolonglah saya untuk mengehadkan masa skrin saya dan menambahkan masa bersama dengan-Mu. Saya ingin hidup dengan berani dan mengucapkan hidup kepada hati orang lain. Saya sedar ini bermula dengan saya.
__________________________________________________________________
CATATAN AKHIR: Minat Roxanne adalah mengucapkan kebenaran yang memberikan hidup terhadap hati orang lain. Ia suka memberikan ceramah di permukiman dan konvensyen. Ia menganjurkan bengkel DEEPER Intensive tersendiri dan mempunyai klien di seluruh negara sebagai pembimbing kehidupan peribadi. Anda boleh menghubungi Roxanne, menempah buku barunya dan mendapatkan maklumat lanjut di RoxanneParks.com. Ia suka berhubungan dengan anda.
Perihal Pelan
Kata-kata, kata-kata, kata-kata, kata-kata yang berkuasa! Kata-kata yang membina atau kata-kata yang membinasa. Kata-kata yang memberikan hidup atau kata-kata yang membawa maut. Pilihan terletak di tangan kita. Marilah kita menilai kuasa penting yang terkandung dalam kata-kata kita.
More