Mengucapkan HidupSampel
Memikirkan Apa Yang Anda Fikirkan
Terdapat kuasa pemberian hidup dalam fikiran kita. Fikiran kita adalah penting. Amsal 23:7 (TB) menyatakan, "Sebab seperti orang yang membuat perhitungan dalam dirinya sendiri demikianlah ia." Fikiran kita adalah penting kerana daripada fikiran kita yang banyak sekali mengalirnya kata-kata kita. Fikiran dan kecenderungan hati kita membentuk hakikat siapa kita ini. Kedua-duanya membentuk fikiran kita yang akhirnya membentuk kata-kata kita, lalu, tindakan kita. Apa yang kita katakan adalah penting tetapi apa yang kita fikirkan adalah lebih penting. Alkitab memberitahu kita untuk berfikir tentang, juga merenungkan, perkara yang patut dipuji. Adakah kita betul-betul melabur dalam dan mengutamakan ketaatan ini?
Terdapat banyak buku yang meneliti bagaimana kata-kata kita menjadi alat yang menyampaikan fikiran dan emosi kita. Apa yang anda letakkan dalam minda anda memberikan kesan pada fikiran anda. Adakah "sampah masuk bermaksud sampah keluar?" Jika ya, fikiran kita harus diberikan perhatian yang paling utama, terutamanya kerana kesihatan dan kesejahteraan kehidupan kita adalah keluaran sampingannya. Musuh kita mahu minda kita dipenuhi semua jenis sampah dan imaginasi yang sia-sia. Marilah memikirkan apa yang kita fikirkan.
Neuro Linguistic Programming mengakui hubungan asas antara otak (neuro) dengan fikiran kita, bahasa (linguistik) iaitu kata-kata kita, dan kelakuan atau tindakan (pemprograman) dalaman dan luaran kita. Aliran fikiran ini mempertimbangkan penerapan praktikal kesedaran fikiran kerana ini berhubung kait dengan kehidupan positif yang sihat.
Memandangkan kita menemui apa yang dicari, kita perlu benar-benar fikir tentang apa yang dilihat itu. Menurut cerita…seekor burung hering dan seekor burung madu terbang melayang di gurun yang sama. Burung hering mencari kematian dan kereputan untuk dijadikan makanan. Burung hering menemui kematian dan kereputan. Sebaliknya, burung madu mencari hidup dalam nektar bunga. Burung madu menemui hidup. Kedua-duanya menemui apa yang dicari. Berhati-hati dengan apa yang dicari, apa yang difikir dan apa yang anda izinkan untuk memasuki tingkap minda anda. Disebabkan daripada fikiran kita yang banyak sekali mengalirnya kata-kata kita.
2 Korintus 10:5 memberitahu kita bahawa kita harus "mengatasi setiap alasan yang diajukan oleh orang sombong untuk menentang pengetahuan tentang Allah. Kami menawan fikiran orang supaya taat kepada Kristus." Memanglah mungkin untuk menjalankan kehidupan dengan kesedaran akan fikiran kita dan menawan fikiran tersebut! Allah telah memberikan kita Roh Kudus untuk memperkasakan kita untuk berbuat demikian. Menawan fikiran anda bermaksud mengawal apa yang anda fikir tentang diri sendiri dan kehidupan.
Apabila kita merenung tentang semua berkat kita, sifat Allah dan Bapa kita yang penyayang, dan segala keindahan-Nya dalam alam semula jadi, kita akan hidup berdasarkan kebenaran yang meyakinkan tersebut. Walau bagaimanapun, bila-bila kita berfikir tentang apa yang tidak dimiliki dan apa yang tidak kena dengan dunia kita, kita boleh bergelut dengan kemurungan dan kebimbangan. Terdapat medan perang dalam minda anda. Kehidupan anda akan sentiasa bergerak dalam arah fikiran anda yang paling kuat. Maka, mempersenjatai minda dan fikiran anda dengan kebenaran yang memberikan hidup!
Renungan:
Luangkan masa untuk mempertimbangkan fikiran anda sepanjang hari. Adakah fikiran anda memberikan hidup dan bersifat positif? Adakah fikiran anda bersifat negatif? Apakah input yang menentukan fikiran anda setiap hari?
Doa:
Tuhan, tolonglah saya untuk menyedari fikiran saya kerana fikiran itu mempengaruhi kata-kata saya. Saya mahu fikiran yang memberikan hidup untuk memimpin lidah saya kepada kata-kata yang memberikan hidup. Saya memerlukan Firman Kebenaran-Mu untuk memenuhi fikiran saya. Tolonglah saya untuk menawan setiap fikiran yang tidak selaras dengan kebenaran-Mu.
Perihal Pelan
Kata-kata, kata-kata, kata-kata, kata-kata yang berkuasa! Kata-kata yang membina atau kata-kata yang membinasa. Kata-kata yang memberikan hidup atau kata-kata yang membawa maut. Pilihan terletak di tangan kita. Marilah kita menilai kuasa penting yang terkandung dalam kata-kata kita.
More