Langkah Pertama AndaSampel

Your First Steps

HARI 5 DARIPADA 5

KOMUNITI

Anda tidak bersendirian dalam semua ini.

Anda telah membuat pilihan untuk kehidupan yang baru—kehidupan yang komited untuk mengikuti Yesus, dan kehidupan yang nampaknya agak sukar.

Kehidupan ini memang betul sukar.

Namun, anda tidak bersendirian.

Pertama, Yesus tidak mungkin meninggalkan anda. Dia komited sepenuhnya terhadap anda, dan Dia tidak akan memungkiri komitmen itu.

Kedua, Yesus bukan sahaja mengundang anda untuk kehidupan yang baru, tetapi mengundang anda ke dalam keluarga yang baru. Dia memberikan anda satu komuniti yang baru untuk disertai. Kita memanggilnya Gereja.

Gereja mungkin tidak teratur kerana manusia memanglah tidak teratur.

Gereja mungkin bercacat kerana manusia memanglah bercacat.

Gereja mungkin indah kerana manusia memanglah indah.

Apabila gereja dalam keadaan yang terbaik, gereja itu sungguh menakjubkan—satu koloni Syurga di bumi. Kita saling memberikan galakan, dan mendorong satu sama lain untuk bertumbuh semasa mengikuti Yesus. Kita bertanggungjawab antara satu sama lain, dan dengan penuh kasih sayang menjauhkan satu sama lain daripada tabiat dan pola yang membinasakan, dan kembali mengikut jalan Yesus.

Sertai gereja; libatkan diri. Janganlah mengharapkan kesempurnaan kerana, anda tidaklah sempurna.

Namun, sekiranya gereja itu berpusatkan Yesus dan komited untuk hidup berdasarkan cara-Nya di kawasan kejiranan anda, maka gereja itu adalah sebuah keluarga yang berbaloi untuk disertai.

Hari 4

Perihal Pelan

Your First Steps

Anda telah membuat keputusan untuk mengikut Yesus, apakah langkah seterusnya? Pelan ini bukanlah satu senarai yang lengkap untuk segala-galanya yang menyusul selepas anda membuat keputusan itu, tetapi pelan ini akan membantu anda dengan langkah pertama anda.

More

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada SoCal Youth Ministries - AG kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://youth.socalnetwork.org