Langkah Pertama AndaSampel
BERDOA
Saya pernah mengambil kelas matematik dan ketika itu kami mula bercakap tentang algoritma dan pengekodan. Sekiranya anda ingin mengekodkan sebuah komputer, anda perlu menjadi sangat spesifik. Demi membantu kami memahaminya, pengajar itu membuat kami menggambarkan, langkah demi langkah, cara menyediakan sandwic mentega kacang dan jem.
Demi mencapai kejayaan, kami perlu memberikan penerangan yang amat terperinci . . .
Buka penutup balang mentega kacang.
Letakkan penutup itu di sebelah balang mentega kacang di atas meja.
Ambil pisau mentega.
Masukkan pisau mentega ke dalam balang mentega kacang yang telah dibuka tadi.
Dsb., dsb., dsb.
Menyediakan sandwic sepatutnya tidak begitu rumit!
Kadang kala, kita menjadikan doa terlalu rumit. Sekiranya anda mengikuti Yesus, maka berdoa akan menjadi sebahagian daripada kehidupan anda, bukan kerana kewajipan keagamaan, tetapi kerana apa itu doa.
Berdoa merupakan komunikasi; iaitu meluangkan masa untuk menyatakan kepada Tuhan (dengan berterus terang) tentang hal yang sedang anda alami.
Berdoa merupakan renungan; iaitu berhenti, dan menumpukan perhatian pada pelbagai cara yang digunakan oleh Tuhan untuk berfirman dan bekerja dalam kehidupan anda.
Berdoa merupakan kesyukuran; iaitu memperlihatkan tanda kesyukuran terhadap kehidupan yang telah diberikan kepada anda oleh Tuhan.
Berdoa merupakan orientasi; iaitu mengarahkan kehidupan anda mengikut kehendak Tuhan dan bukannya menurut kehendak diri.
Janganlah merumitkan doa; jadikannya ikhlas. Berdoa tidak perlu memakan masa yang lama, tetapi semakin kerap anda berdoa, semakin anda akan terasa hendak menghabiskan masa bersama Tuhan.
Kitab
Perihal Pelan
Anda telah membuat keputusan untuk mengikut Yesus, apakah langkah seterusnya? Pelan ini bukanlah satu senarai yang lengkap untuk segala-galanya yang menyusul selepas anda membuat keputusan itu, tetapi pelan ini akan membantu anda dengan langkah pertama anda.
More