Gaya Hidup PengampunanSampel

A Lifestyle of Forgiveness

HARI 4 DARIPADA 5

Sedikit Lagi

Kita semua mempunyai potensi untuk berasa jengkel atau tersinggung dalam hidup kita. Mungkin ada yang terasa besar, mungkin sesuatu yang kecil, tetapi semuanya ialah peluang yang baik untuk berlatih pemaafan. Yang berikut merupakan beberapa contoh lagi: 

· Keluarga secara umum. Saya ingat akan perbualan yang menarik dengan seorang kawan tentang berkumpul dengan keluarga semasa cuti. Terdapat seorang warga tua dalam keluarganya yang sangat perengus, cerewet, dan kritis. Cara kawan saya menggambarkannya ialah orang ini "mengambil seluruh keluarga sebagai tebusan" -- maksudnya mereka tidak mahu melakukan ini atau itu, mereka tidak mahu makan ini atau itu, perkara harus dilakukan dengan cara tertentu, semua orang melakukannya dengan salah, dan sebagainya. Saya dapat merasakan bahawa ini sangat menekan bagi kawan saya. Terdapat banyak variasi pada tema ini, tetapi sering kali satu (atau lebih) orang dapat mengubah dinamik dalam sesebuah keluarga. Saya mempercayai kita harus menetapkan beberapa batasan yang sihat dan rasional bagi orang seperti itu (meskipun saudara-mara). Walau bagaimanapun, pastikan anda memaafi terlebih dahulu. Memaafkan mereka (kerap, jika perlu!) daripada bercakap tentang mereka atau keberatan untuk berhadapan dengan mereka, membolehkan Allah untuk bergerak dalam kehidupan mereka. Ini juga membantu anda untuk menjaga kesejahteraan anda! Roma 14:19 menyatakan: Oleh itu, marilah kita mengejar hal-hal yang membawa kesejahteraan dan yang membina kebaikan sesama sendiri. 

· Berasa terhina. Sangat mudah untuk rasa tersinggung (dan menaruh dendam) apabila seseorang menghina kita atau tidak menghormati kita. Mungkin anda melambai kepada seseorang tetapi orang itu tidak menghiraukan anda. Mungkin seseorang mengatakan sesuatu kepada anda dengan nada atau air muka yang salah, ataupun mungkin mereka memandang rendah pada anda atau membuat anda rasa bodoh. Ataupun, mungkin seseorang itu tidak menjawab pesanan atau panggilan telefon anda, dan anda mula membayangkan semua sebab itu berlaku: "Mungkin dia marah…atau dia benci saya…atau dia sombong…cukup sudah, saya tidak akan bercakap dengannya lagi..." sedangkan pada hakikatnya mungkin ada sebab yang munasabah. Daripada mengambil hati terhadap segala sesuatu, berasa terluka atau marah kerana terhina atau dibuat berasa bodoh, bolehkah saya mencadangkan agar anda memaafi? Amsal 12:16 menyatakan, Orang bodoh lekas marah apabila tersinggung, tetapi orang bijak tidak menghiraukan nistaan (BM). Pemaafan membolehkan anda untuk pergi dan melupakannya (tidak menghiraukannya) tanpa membiarkan kesakitan atau kejengkelan untuk melekat pada anda. 

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

A Lifestyle of Forgiveness

Kita semua pernah mengalami perkara-perkara besar dan menyakitkan, dan pengampunan merupakan kunci untuk membebaskan diri daripada luka masa lalu. Namun, bagaimana jika kita berusaha untuk menjalani gaya hidup pengampunan - di mana tiada apa-apa yang mengganggu kita, di mana luka kecil pun meluncur daripada kita seperti air daripada punggung itik? Itulah kehidupan kebebasan yang diinginkan oleh Allah untuk kita!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Karen Jensen Salisbury kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://karenjensen.org