Gaya Hidup PengampunanSampel
Kehidupan yang Bebas
Alkitab mengatakan bahawa kasih tidak berkasar, tidak mementingkan diri sendiri, tidak cepat tersinggung, dan tidak mendendam (1 Korintus 13:5). Terjemahan Amplified Bible mengatakan: it takes no account of the evil done to it [it pays no attention to a suffered wrong] (kasih tidak memperhitungkan kejahatan yang dilakukan terhadapnya [kasih tidak menyimpan kesalahan orang lain]).
Wau, mungkinkah begitu? Saya fikir memang mungkin! Bayangkan, jika seseorang melakukan sesuatu yang menjengkelkan anda, menyakiti anda, atau membuat anda marah – dan anda tidak mengambil peduli akannya, tidak memberikan perhatian! Jika, waktu seseorang menyinggung perasaan anda (secara sengaja atau tidak sengaja), anda hanya memaafkannya secara automatik, sebelum kesalahan itu sempat menyakiti hati anda atau terperangkap dalam fikiran anda.
Saya fikir Alkitab memberikan kita alat untuk hidup yang bebas. Saya percaya kita boleh hidup sedemikian kerana kasih Allah tinggal dalam kita. Roma 5:5 mengatakan, "…Allah sudah mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati kita. Allah melakukan hal itu dengan perantaraan Roh-Nya, yang sudah dikurniakan-Nya kepada kita." Ini bukanlah kasih semula jadi manusia – bukan perasaan manis – tetapi kasih luar biasa Allah, dan kasih ini sudah ada di dalam hati anda. Itu bermakna anda boleh membuat pilihan setiap hari untuk berserah kepadanya.
Saya fikir satu-satunya cara untuk hidup dalam bentuk kasih ini ialah menguasai pemaafan – baik perkara yang besar mahupun yang kecil. Semakin mahir kita memaafi kejengkelan kecil dan "ketidakadilan" kehidupan setiap hari, semakin mudah untuk memaafkan peristiwa yang benar-benar menyakitkan dalam hidup kita.
Bagaimana kita menguasai sesuatu itu? Kita harus berlatih. Demi menjadi lebih mahir bermain piano, kita harus berlatih. Demi memberikan ucapan yang lebih baik, kita harus melakukannya lebih kerap. Demi memperbaik kemahiran bermain apa-apa sukan, kita harus berlatih.
Saya fikir demikian jugalah dengan pengampunan. Semakin kita berlatih, semakin baik kita dapat melakukannya. Jika kita berlatih memaafi hal yang kecil – kejengkelan harian yang kecil – maka, saya yakin kita akan lebih mampu memaafkan luka yang besar kelak. Kita dapat meninggalkan luka tersebut tanpa sedikit calar pun. Kita dapat hidup bebas dan terus diberkati serta memberkati sepanjang masa. Saya percaya itulah cara Allah mahu kita hidup, dan Dia telah memperkasakan kita untuk melakukannya.
Perihal Pelan
Kita semua pernah mengalami perkara-perkara besar dan menyakitkan, dan pengampunan merupakan kunci untuk membebaskan diri daripada luka masa lalu. Namun, bagaimana jika kita berusaha untuk menjalani gaya hidup pengampunan - di mana tiada apa-apa yang mengganggu kita, di mana luka kecil pun meluncur daripada kita seperti air daripada punggung itik? Itulah kehidupan kebebasan yang diinginkan oleh Allah untuk kita!
More