Kehidupan Berubah: Mendukung IdentitiSampel
Mengubah Dialog Dalaman Kita
Apabila anda diminta memperkenalkan diri, apakah yang datang dalam fikiran?
Dialog dalaman saya bukan selalunya bayangan sebenar wanita yang telah dicipta oleh Allah. Tanpa bantuan-Nya untuk mengubah dialog dalaman saya, jawapan saya mungkinlah seperti ini: "Saya berumur 45 tahun, ibu kepada dua orang anak. Saya makin tua, beruban dan muka saya berkerut. Saya sudah berkahwin selama kita-kira 25 tahun, walaupun saya kerap menjerit. Menurut doktor saya, berat badan saya berlebihan. Saya susah bernafas bila berlari, dan saya lebih suka gula-gula dan kentang goreng berbanding dengan bayam. Saya seorang pastor di gereja saya, tetapi saya langsung tidak layak dan mempunyai banyak bagasi masa silam yang menghalang saya daripada betul-betul berkesan dalam pelayanan."
Sementara respons itu meliputi status perkahwinan, berat badan, jantina, umur, pekerjaan, dan beberapa bohong yang dunia ini beritahu saya, ia tidak menggambarkan diri saya yang sebenarnya. Sementara sesetengah perkara itu adalah benar tentang saya, ia bukanlah perkara yang betul-betul penting. Ia cumalah keadaan, bukan identiti saya.
Sebenarnya, pertama sekali, saya ialah anak Allah. Saya telah dicipta dengan sengaja untuk suatu tujuan. Saya ialah karya agung yang cantik, dibentuk dengan menakjubkan oleh Pencipta alam semesta ini. Saya menyedarinya sekarang ini, tetapi peralihan daripada respons yang pertama kepada yang kedua tidak berlaku dalam waktu yang singkat.
Apabila saya rasa dipanggil untuk pelayanan wanita pada awalnya, saya tidak berasa seronok. Berdiri di pentas dan memberitahu kaum wanita bahawa mereka telah dicipta dengan luar biasa menurut gambar Allah adalah amat susah kerana saya sendiri tidak mempercayai hal itu. Saya meminta Allah untuk menolong saya melihat apa yang dilihat-Nya semasa Dia memandang saya, dan saya mempercayai keupayaan-Nya untuk mengubah perspektif saya.
Selepas bertahun-tahun berlatih berserah dan mempercayai, kini saya dapat melihat diri saya sebagai jelita. Ia tidak bergantung pada bayangan di cermin. Ia terhasil daripada ketenangan dalaman dan penerimaan bahawa Dia tidak melakukan kesilapan. Memang memadai bahawa Dia telah mencipta saya dan menyatakan saya jelita.
Menerima siapa kita ini menurut Allah mengubah keyakinan kita. Mengetahui bahawa Dia itu baik dan mempercayai bahawa kita telah dicipta sebagaimana yang diniatkan oleh Dia, memberikan hidup. Apabila kita menerima betapa besarnya kasih-Nya terhadap kita, diri kita yang seadanya, memanglah mungkin untuk lebih mengasihi diri sendiri. Mengubah dialog dalaman kita tidak berlaku dengan serta-merta, dan kita tidak dapat melakukannya sendiri. Kita perlu meminta pertolongan-Nya.
Tindakan:
Sekiranya anda bergelut dengan identiti anda, mintalah Allah untuk menunjukkan kepada anda bagaimana Dia melihat anda. Mintalah Dia untuk menolong anda untuk mengenal pasti dusta yang anda percaya tentang diri anda dan mula menggantikan dusta itu dengan kebenaran-Nya. Dia akan menyertai anda sepanjang masanya, berulang kali, sehingga anda mempercayai bahawa anda adalah berharga, luar biasa, berupaya, dan mudah disayangi. Walau berapa lama pun anda telah mengikut Yesus, jika bicara diri anda adalah kurang daripada pendapat-Nya tentang anda, penambahbaikan diperlukan. Bersandarlah pada Allah dan meminta Dia untuk menolong anda untuk betul-betul mendukung identiti anda dalam Kristus.
Perihal Pelan
Dengan banyak suara yang memberitahu kita tentang siapa kita ini, tidak hairanlah kita bergelut dengan identiti kita. Allah tidak mahu kita untuk didefinisikan oleh kerjaya kita, status perkahwinan kita, ataupun kesilapan kita. Dia mahu pendapat-Nya untuk menjadi kuasa yang tertinggi dalam hidup kita. Pelan enam hari ini akan membantu anda untuk membatinkan apa yang dikatakan oleh Alkitab tentang siapa anda itu dan betul-betul mendukung identiti anda dalam Kristus.
More