Pengiraan Detik Hari KrismasSampel

Countdown to Christmas

HARI 10 DARIPADA 29

Letakkan tuala muka ke dalam mangkuk yang berisi air. Minta anak anda untuk merendamkan tuala itu dan memerasnya ke dalam gelas yang kosong secara bergilir-gilir. Siapakah yang dapat memeraskan air yang paling banyak? Sekarang, letakkan batu kecil di bawah mangkuk tadi. Tanya anak anda tentang kekuatan yang diperlukan untuk memeras air daripada batu.

Apabila Tuhan membekalkan air kepada orang Israel di padang gurun, Dia mengajar umat-Nya tentang kuasa-Nya. Dia juga memberikan gambaran tentang bagaimana Yesus akan memenuhi keperluan mereka suatu hari nanti. Yesus, Batu, memenuhi kehausan rohani kita.

Untuk maklumat lanjut, layari www.thrivingfamily.com/advent
Hari 9Hari 11

Perihal Pelan

Countdown to Christmas

Selamat datang ke Kalendar Aktiviti Adven 28 Hari Thriving Family! Jangan terlepas peluang ini untuk membongkar maksud sebenar hari Krismas dan mengeratkan hubungan sekeluarga! Aktiviti ibu bapa-anak ini telah dibentuk untuk membantu anda menumpukan musim Krismas ini pada Kristus!

More

We would like to thank Focus on the Family and thrivingfamily.com for providing this plan. For more information, please visit: www.thrivingfamily.com/advent