Pengiraan Detik Hari KrismasSampel

Countdown to Christmas

HARI 12 DARIPADA 29

Balut cincin perkahwinan anda dengan kertas pembungkus. Kemudian, bubuh reben Krismas pada satu kotak kosong yang besar. Letakkan kedua-dua bungkusan itu di sudut bilik yang berbeza. Beritahu anak anda bahawa anda ingin menunjukkan hadiah terbaik yang anda pernah terima, dan minta mereka untuk "membuka hadiah" itu. Selepas mereka membuka kotak yang kosong tadi, tunjukkan bungkusan yang lebih kecil itu kepada mereka. Jelaskan bahawa rupa tidak selalu menunjukkan seluruh ceritanya.

Semasa nabi Samuel mencari bakal raja Israel, ia berasa kagum dengan seseorang. Namun, Tuhan memberitahunya agar tidak tertarik dengan rupa luaran kerana Tuhan menilai hati. Beberapa abad kemudian, Tuhan sekali lagi menunjukkan bahawa rupa adalah tidak penting apabila Penyelamat yang telah lama dinantikan itu datang sebagai lelaki yang kelihatan biasa.

Untuk maklumat lanjut, layari www.thrivingfamily.com/advent
Hari 11Hari 13

Perihal Pelan

Countdown to Christmas

Selamat datang ke Kalendar Aktiviti Adven 28 Hari Thriving Family! Jangan terlepas peluang ini untuk membongkar maksud sebenar hari Krismas dan mengeratkan hubungan sekeluarga! Aktiviti ibu bapa-anak ini telah dibentuk untuk membantu anda menumpukan musim Krismas ini pada Kristus!

More

We would like to thank Focus on the Family and thrivingfamily.com for providing this plan. For more information, please visit: www.thrivingfamily.com/advent