Orang yang Tidak Sempurna dalam Alkitab Sampel
Daud
Kesilapan terbesar raja Daud berlaku kerana ia berada di tempat yang salah pada masa yang salah. Betul-betul. Apabila pemimpin dan tenteranya berperang, berdasarkan 2 Samuel 11, Daud tinggal di rumah. Itu tidak pernah berlaku bagi seseorang raja. Sekurang-kurangnya itu tidak harus berlaku. Disebabkan Daud tidak berada di tempat yang sepatutnya, ia melakukan sesuatu yang tidak harus dilakukannya—dengan isteri orang lain. Ia cuba sedaya upaya untuk menutup dosanya, termasuk berkomplot dan membunuh. Wau, bukan?
Disebabkan oleh tindakan Daud, Natan, seorang nabi, menghadapnya tentang dosanya. Bukanlah kebiasaan bagi seorang yang berpangkat tinggi dalam kerajaan untuk menerima teguran seorang yang berpangkat lebih rendah daripadanya. Namun, Daud menerima teguran itu. Tindakan mengakui dosanya jugalah bukan kebiasaan. Walaupun dosa Daud menyebabkan akibat yang membawa bencana, ia bertaubat dan bekerja keras untuk membetulkan keadaan.
Berikut adalah dua pembelajaran berasaskan pengalaman daripada kehidupan Daud:
Allah Memandang Hati
Jadi, mengetahui semua perkara yang akan dilakukan oleh Daud, mengapakah Allah berkata bahawa Dia telah memilih Daud kerana hatinya? Dalam 1 Samuel 13:14 TB, kita membaca apa yang dikatakan oleh Allah kepada Saul, raja semasa: "Tetapi sekarang kerajaanmu tidak akan tetap. TUHAN telah memilih seorang yang berkenan di hati-Nya…" Kelihatan aneh bahawa Allah berkata bahawa Daud ialah seorang yang berkenan di hati-Nya kerana Dia mengetahui perkara buruk yang akan dilakukan oleh Daud. Tetapi, bukankah itu berita yang baik? Allah mungkin tidak menyukai semua tindakan kita, tetapi syukurlah, Dia memandang hati kita! Dia tahu ada kalanya kita melakukan perkara yang tidak dirancang atau tidak ingin dilakukan. Allah tahu kita tidak akan mencapai kesempurnaan di dunia ini dan akan membuat silap yang membawa akibat yang teruk.
Daud Tidak Memberi Alasan
Mazmur 51 ditulis selepas nabi Natan menghadap Daud tentang perzinaan Daud dengan Batsyeba. Sebelum ini, Daud tidak sedar akan tindakan teruknya. Kemudian, ia mengakui kesalahannya. Walaupun Daud melakukan beberapa perkara yang teruk, ia sentiasa bertanggungjawab penuh terhadap pilihan buruknya dan tidak memindahkan kesalahan ke bahu orang lain.
Seperti yang dibaca pada Hari 1, kita tidak akan menjadi sempurna. Allah tahu akan itu, dan kita harus menerimanya. Sebaliknya, marilah bersandar pada kebenaran bahawa Allah memandang hati kita meskipun kita berbuat silap. Apabila, bukannya jika, kita berbuat silap, marilah bertanggungjawab terhadap tindakan kita dan memulakan proses membetulkan keadaan.
Perihal Pelan
Sama ada anda sedikit atau banyak bercelaru berdasarkan standard manusia, anda memanglah calon utama untuk digunakan oleh Allah. Dalam Pelan 7 hari ini, kita akan belajar tentang enam individu daripada Alkitab yang telah digunakan oleh Allah walau mana pun asal mereka, apa pun kebolehan mereka, ataupun betapa besarnya kesalahan mereka.
More