Orang yang Tidak Sempurna dalam Alkitab Sampel
Abraham
Abraham dikenali sebagai bapa teragung dalam iman Yahudi. Namun, disebabkan ia berasal dari kota yang ramai penduduknya, Ur, ia sebenarnya orang bukan Yahudi sebelum menjadi orang Ibrani yang pertama. Ia telah dipilih oleh Allah untuk menjadi bapa sebuah bangsa yang besar.
Walaupun dipanggil oleh Allah kita yang luar biasa untuk menggenapi tujuan kerajaan, ia cumalah seorang yang biasa. Ia merupakan seorang gembala yang dilahirkan oleh ibu bapa yang tidak mengikut Allah. Meskipun dalam panggilan itu, ia masih tidak memilih dengan baik. Ia tidak selalu bertindak selaras dengan tindakan yang wajar bagi bapa iman Yahudi. Hal itu jelasnya tidak penting kepada Allah. Ia adalah orang yang ditahbiskan oleh Allah untuk pekerjaan itu, dan Allah tidak terkejut apabila kemanusiaan Abraham menghalang pelaksanaan pekerjaan itu.
Ia tidak dipilih kerana ia amat berbakat ataupun amat bijak. Abraham tidak menulis mana-mana kitab dalam Alkitab, tidak berkongsi nubuatan dengan orang lain, dan tidak menulis apa-apa taurat pada batu tulis. Perkara terpenting yang kita ketahui tentang Abraham adalah ia telah mendengar Allah memanggilnya untuk pergi, dan walaupun ia tidak tahu ke mana, ia mentaati Allah dan meninggalkan perkara yang biasa untuk perkara yang asing.
Berikut adalah dua pembelajaran berasaskan pengalaman daripada kehidupan Abraham:
Allah Menggunakan Semua Orang
Cerita Abraham adalah cerita yang akan mendorong kita yang rasa kita tidak mempunyai kelayakan atau didikan yang betul. Jelasnya, Abraham "bukan siapa-siapa" yang dipanggil oleh Allah untuk menjadi "seseorang" untuk bangsa Ibrani. Barangkali anda rasa anda mempunyai sedikit sahaja yang boleh disumbangkan kerana anda tidak berasal daripada keluarga yang cukup berprestij ataupun barangkali anda rasa tidak cukup bijak untuk digunakan oleh Allah. Anda boleh tetap yakin, Allah melihat kesanggupan kita untuk melaksanakan pekerjaan yang telah dirancang-Nya.
Tidak Pernah Terlambat
Apabila Allah memanggil Abraham untuk meninggalkan kampungnya ke sebuah tempat yang asing, ia berumur 75 tahun. Ia tidak menjadi seorang bapa sehingga ia berumur 86 tahun, dan ia tidak disunat sehingga ia berumur 99 tahun. Banyak orang fikir apabila mereka menjadi tua, mereka menjadi kurang penting kepada dunia ini dan juga kepada pencapaian tujuan Allah. Asalkan kita masih hidup di bumi ini, kita mempunyai tujuan yang harus digenapi.
Allah pasti berupaya dan sanggup memberikan kita apa jua yang diperlukan untuk mencapai tujuan-Nya. Jadi, sama ada kita rasa dilengkapi atau tidak dilengkapi ataupun terlalu muda atau terlalu tua, kita boleh digunakan oleh Allah untuk melaksanakan pekerjaan besar-Nya. Dia cuma mencari hati yang sedia ada, yang akan taat.
Perihal Pelan
Sama ada anda sedikit atau banyak bercelaru berdasarkan standard manusia, anda memanglah calon utama untuk digunakan oleh Allah. Dalam Pelan 7 hari ini, kita akan belajar tentang enam individu daripada Alkitab yang telah digunakan oleh Allah walau mana pun asal mereka, apa pun kebolehan mereka, ataupun betapa besarnya kesalahan mereka.
More