Fokus: Renungan Interaktif 6 Hari Tentang Iman Bagi Kanak-kanak Sampel
Disebabkan Oleh Yesus, Kita Boleh Menerima Hadiah Kasih Karunia
Kita hidup dalam zaman yang menakjubkan. Kita dikelilingi oleh pelbagai jenis teknologi yang tidak ada ketika ibu bapa dan datuk nenek kita sebesar kita.
Sains belum siap lagi! Lihatlah teknologi yang sedang dikembangkan sekarang ini:
- Hyperloop: Kenderaan seperti keretapi yang akan bergerak melalui tiub pada kelajuan 60 batu sejam. Ini bermaksud perjalanan dari San Francisco ke Los Angeles (yang biasanya memakan masa enam jam) akan mengambil kira-kira 35 minit sahaja!
- Kereta pandu sendiri: Kereta yang bergerak tanpa pemandu boleh melancarkan trafik dan mengurangkan bilangan kemalangan jalan raya. Tambahan lagi, betapa menariknya dapat menonton wayang semasa perjalanan bersama keluarga.
- Perjalanan ke angkasa lepas dengan belon helium: Anda berupaya ke angkasa lepas dengan menaiki kapsul khas yang diikatkan pada belon helium!
Semua itu kedengaran menakjubkan, bukan? Beberapa daripadanya kedengaran mustahil.
Itulah yang kita bincangkan hari ini—sesuatu yang kedengaran mustahil, tetapi memang benar. Iaitu, kasih karunia.
Kita boleh mendapat tahu banyak tentang kasih karunia dalam Efesus (iaitu, sebuah kitab dalam Alkitab):
- Kasih karunia menyelamatkan kita.
- Kasih karunia tidak terhasil daripada apa-apa yang kita lakukan.
- Tiada orang dapat menghasilkan kasih karunia.
Tekalah siapa yang telah menuliskan kitab Efesus. Cubalah! Tekalah!
Penulisnya ialah Paulus. Paulus—lelaki yang telah menemui Yesus dan berubah buat selama-lamanya. Lelaki yang berubah daripada memenjarakan pengikut Yesus kepada pengikut Yesus. Sudah tentu anda boleh katakan bahawa Paulus ialah pakar tentang kasih karunia!
Paulus mengajar kita bahawa kasih karunia merupakan suatu hadiah.
Kasih karunia adalah hadiah pengampunan setiap kali kita membuat kesilapan.
Kasih karunia adalah hadiah dikasihi Tuhan sebelum kita mengenali siapa Dia.
Kasih karunia adalah hadiah menjadi keluarga Tuhan selama-lamanya, walau apa pun yang berlaku.
Kasih karunia kedengaran mustahil, tetapi memanglah benar.
LAKSANAKAN INI
Ambil sehelai kertas dan pensel. Lukiskan gambar sesuatu yang anda ingin cipta—sesuatu yang mustahil.
Semasa melukis, ingatlah walaupun kedengaran mustahil, disebabkan oleh Yesus, kita boleh menerima hadiah kasih karunia.
Kitab
Perihal Pelan
Beriman bermaksud mempercayai apa yang tidak kelihatan kerana apa yang kelihatan. Itu adalah sukar. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Tuhan adalah benar? Bolehkah kita mempercayai Dia apabila perkara yang buruk dan menakutkan berlaku? Bagaimana pula dengan perkara buruk yang kita lakukan? Adakah Dia akan mengampunkan kita? Melalui Pelan Alkitab ini, kita akan meneliti maksud meletakkan iman kita dalam Yesus (dan bagaimana tindakan itu menjadikan kehidupan lebih baik).
More