Fokus: Renungan Interaktif 6 Hari Tentang Iman Bagi Kanak-kanak Sampel

Mengenali Yesus Boleh Membantu Anda Mengatasi Ketakutan Anda
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa rasa takut membuat jantung dan pernafasan anda lebih cepat? Ini adalah agak menarik. Reaksi tubuh anda terhadap ketakutan dipanggil "respons lawan atau lari."
Inilah cara itu berfungsi.
Bayangkan anda ialah orang zaman batu daripada beribu-ribu tahun lalu. (Pukullah dada anda jika tindakan ini membantu anda menyelami watak anda.) Sekarang, bayangkan seekor harimau bergigi tajam yang memasuki gua anda untuk mencari makanan. Ingin tahu menu harimau itu? ANDA.
Apakah yang akan anda lakukan?
- Lawan. Ambil belantan yang terdekat dan berlawan dengan harimau itu.
- Lari. Jerit "Apa itu? Daging besar yang tidak dimakan?!" kepada harimau itu, berharap harimau itu akan terpedaya, dan lari.
Tubuh anda mempunyai reaksi yang sama bila-bila anda berasa takut. Demi bersedia untuk lawan atau lari, beberapa perkara berlaku supaya anda bersedia untuk bertindak atau melepaskan diri. Kadar denyut jantung anda bertambah untuk mengepam lebih banyak darah ke otot dan otak anda. Peparu anda menarik nafas dengan lebih cepat untuk memberikan tubuh anda lebih banyak oksigen. Anak mata anda membesar supaya anda melihat dengan lebih jelas.
Menakjubkan, bukan?
Terdapat seorang lelaki dalam Alkitab yang bernama Ananias, yang menghadapi situasi itu—situasi di mana ia perlu memilih antara lawan atau lari.
Tuhan memberitahu Ananias untuk pergi membantu Saulus. Ananias takut; ia ialah pengikut Yesus. Ananias tidak tahu bahawa Saulus sudah menjadi pengikut Yesus. Berdasarkan apa yang ia dengar tentang Saulus, Ananias mempunyai alasan yang baik untuk lari.
Daripada berlari, Ananias memberitahu Tuhan bahawa ia berasa takut. Berikut adalah respons Tuhan:
"'Pergilah, kerana Aku sudah memilih dia untuk mengabdikan diri kepada-Ku…'" (Kis 9:15).
Tuhan memberitahu Ananias untuk pergi, walaupun ia berasa takut. Dan Ananias pergi. Ia pergi kerana ia tahu Tuhan akan menyertainya.
Alkitab memberitahu kita bahawa Tuhan menyertai kita juga.
PERTIMBANGKAN
Pernahkah anda mengatasi ketakutan anda? Bagaimanakah anda fikir anda akan rasa dalam situasi tersebut, mengetahui bahawa Tuhan menyertai anda?
Sebahagian daripada beriman bermaksud mempercayai bahawa Tuhan menyertai kita. Luangkan beberapa minit untuk bercakap dengan Tuhan. Beritahu Dia bahawa anda bersyukur kerana Dia sentiasa menyertai anda.
Kitab
Perihal Pelan

Beriman bermaksud mempercayai apa yang tidak kelihatan kerana apa yang kelihatan. Itu adalah sukar. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Tuhan adalah benar? Bolehkah kita mempercayai Dia apabila perkara yang buruk dan menakutkan berlaku? Bagaimana pula dengan perkara buruk yang kita lakukan? Adakah Dia akan mengampunkan kita? Melalui Pelan Alkitab ini, kita akan meneliti maksud meletakkan iman kita dalam Yesus (dan bagaimana tindakan itu menjadikan kehidupan lebih baik).
More
Pelan yang Berkaitan

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Benih: Apa dan Mengapa

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Bangkitlah dan Bersinarlah

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain
