Hikmat Daripada Cerita Perjanjian Lama Sampel
![Wisdom From Old Testament Stories](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F20420%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Natan Menegur Daud
Cerita alkitabiah tentang Raja Daud dalam 2 Samuel 11 dipenuhi dengan kejutan, kontroversi dan dosa. Ketika kita membaca, kita dapat meramalkan malapetaka yang bakal berlaku dan ingin menjerit, “Wahai, Daud, jangan pandang dia! Dia sudah berkahwin! Ini tidak berfaedah!” Walau bagaimanapun, kita hanya dapat melihat cerita itu terbongkar dan melihat bahawa banyak orang yang musnah kerana tindakan seorang lelaki yang mementingkan diri. Pertemuan Daud dengan Batsyeba dapat dielakkan sekiranya Daud berada di tempat yang betul pada masa yang betul.
Ketika kita penuh dengan dosa kita, sering kalinya memang sukar untuk menyedarinya kerana kita tenggelam dalamnya. Musuh rohani kita mahu kita tetap dalam keadaan ini. Dia pendusta dan asal segala dusta, jadi, dia pasti ingin melihat kita terus hidup dalam dosa? Inilah sebabnya kita memerlukan orang yang betul dalam hidup kita.
Raja Daud mempunyai seseorang yang beriman dalam hidupnya, iaitu Natan. Natan ialah seorang nabi dan dia menyatakan kebenaran kepada Daud. Dia melihat situasi antara Daud dan Batsyeba dan menyedari bahawa Daud terpedaya. Natan perlu melakukan sesuatu untuk menarik perhatiannya, maka dia memberitahunya satu cerita (2 Samuel 12:2-4). Semasa Natan berkongsi, Daud naik marah dan ingin membalas balik tindakan orang dalam cerita itu. Pada waktu itu, Natan berkata, “Tuanku adalah orang itu” Dia menyambung ceritanya dan beberapa ayat kemudian, Daud membalas, “Sesungguhnya beta sudah berdosa terhadap TUHAN” (2 Samuel 12:13).
Bahagian yang indah dalam cerita yang teruk ini ialah Daud tidak bersikap mempertahankan diri terhadap teguran Natan. Dia tidak membuat-buat dalih, dan dia juga tidak mengecil-ngecilkan kesalahannya. Natan menyedarkan Daud tentang dosanya, Daud mengakui dosanya, dan bertaubat di hadapan Allah.
Kita terjerumus ke dalam situasi yang tidak sepatutnya. Kadang kala, kita menjadi malas dari segi rohani dan moral, dan mendapati diri berada di atas jalan yang tidak pernah dilalui. Pada waktu lain, kita menjunam ke dalam dosa dan menikmatinya. Walau bagaimanapun kita berdosa, kita kerap melakukan hal yang tidak disangka-sangka. Memanglah penting agar kita tidak hidup dalam dosa. Cara terbaik untuk mengelakkan ini ialah memiliki orang yang betul dalam hidup kita.
Kawan yang tidak takut hendak mendedahkan dosa kita.
Kawan yang sudi membantu kita membuat pilihan yang bijak.
Kawan yang berdoa untuk kita dan bersama dengan kita.
Kawan yang tidak sentiasa bersetuju dengan kita.
Kawan yang menyokong perkahwinan dan keluarga kita.
Kawan yang mencabar kita supaya menjadi lebih menyerupai Yesus.
Kita memerlukan pengaruh yang salih dalam hidup kita kerana itulah kekurangan kita. Masyarakat kita dipenuhi dengan pengaruh yang salah, jadi kita perlu memastikan bahawa orang yang bercakap dengan paling lantang dalam hidup kita ialah orang yang memiliki sifat yang salih dan kuat, serta memiliki kompas moral yang berasaskan Firman Allah.
Perihal Pelan
![Wisdom From Old Testament Stories](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F20420%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Kadang kala Perjanjian Lama agak mengelirukan dan sukar difahami, tetapi ia padat dengan cerita yang dipenuhi dengan kebijaksanaan yang dapat digunakan. Dalam Pelan 5 hari ini, kita akan meneliti cerita dalam dalam Perjanjian Lama—sebilangannya lebih diketahui ramai daripada yang lain—dan mencari wawasan baru yang akan mencabar kita dan membina iman kita.
More