Hikmat Daripada Cerita Perjanjian Lama Sampel
Barak dan Debora
Kitab Hakim-hakim dalam Perjanjian Lama dipenuhi dengan cerita peperangan yang menakjubkan tentang umat pilihan Allah, orang Israel. Ketika mereka mara masuk ke Tanah Perjanjian yang diberikan oleh Allah kepada mereka, ada peperangan yang perlu berlaku. Hari ini, kita akan belajar tentang satu peperangan unik yang melibatkan seorang wanita yang memimpin bangsa Israel pada masa itu.
Walaupun bangsa Israel ialah umat pilihan Allah, mereka terus hidup dalam kitaran dosa yang toksik. Mereka berpaling daripada Allah, memuja berhala, ditindas, berseru kepada Allah, dan diselamatkan oleh Allah. Setelah mereka diselamatkan oleh Allah, mereka akan berpaling daripada-Nya lagi. Kitaran ini berulang sepanjang masa.
Hakim-hakim bab 4 bermula dengan cerita orang Israel yang ditindas oleh orang Kanaan selama 20 tahun. Debora ialah hakim yang memimpin Israel pada masa itu. Dia mengarahkan seorang lelaki yang bernama Barak untuk membawa 10,000 askar ke Gunung Tabor, dan di situ Allah akan memberikan Sisera, Panglima tentera Kanaan, kepadanya. Berikut ialah respons Barak:
Kemudian Barak menjawab, “Saya akan pergi jika puan pergi bersama-sama saya. Tetapi jika puan tidak pergi, saya pun tidak mahu pergi.”
— Hakim-hakim 4:8 BM
Memendekkan cerita, orang Israel, yang dipimpin oleh Barak dan Debora, menang dalam peperangan melawan orang Kanaan. Barak menunjukkan kekuatan dan kepemimpinan, dan Debora pula menunjukkan keberanian yang tidak ada bandingannya.
Marilah melihat kitab Ibrani dalam Perjanjian Baru untuk melihat kesudahan cerita ini. Bab 11 sering dikenali sebagai “Dewan Iman” oleh orang Kristian. Tokoh yang lalu disebut kerana iman mereka dalam mengatasi keadaan yang menguji kesabaran dan sukar—Nuh, Musa, Rahab, sekadar menyebutkan beberapa nama saja. Ayat 32 menunjukkan satu penambahan yang menarik tentang kumpulan orang yang beriman ini.
“Perlukah aku meneruskannya? Masa tidak cukup bagiku untuk bertutur tentang Gideon, Barak, Simson, Yefta, Daud, Samuel, dan nabi-nabi.” — Ibrani 11:32 BM
Dalam ayat yang sama dalam kalangan beberapa orang pahlawan dan tokoh yang beriman, kita meilhat nama Barak. Lelaki yang takut hendak berperang ketika diarahkan oleh pemimpinnya dan lelaki yang tidak mahu berlawan melainkan disertai oleh Debora, seorang wanita. Imannya berasal daripada Debora, namun, nama Debora tidak disebut dalam Dewan Iman dalam Ibrani 11. Berfikir-fikirlah tentang pengajaran cerita ini.
Pemimpin Juga Berasa Takut
Kita sering menganggap bahawa pemimpin tidak akan berasa takut dan sentiasa beriman teguh. Namun, keadaan sebenar bukan macam ini. Allah mengarahkan Barak untuk mengetuai tentera, tetapi dia takut. Ini membuat dia merayu agar Debora menemaninya. Seorang pemimpin tidak semestinya tidak takut untuk berperang. Walau bagaimanapun, mengatasi peperangan atau situasi sering mengukuhkan iman dan mengubah kelemahan menjadi kekuatan.
Anda Tidak Mungkin Tahu Siapa Yang Berada Di Sebalik Kejayaan Seseorang
Kita kerap melihat pemimpin dan berfikir bahawa pekerjaan mereka adalah menakjubkan. Namun, seorang pemimpin yang baik akan memberitahu anda bahawa dia tidak dapat melakukannya sendirian. Biasanya, terdapat sekumpulan orang yang membantu menjayakan pemimpin itu. Kebanyakan masanya, bagaimana kumpulan tersebut membantu pemimpin itu dan menyokongnya semasa kesulitan tidak akan diketahui.
Perihal Pelan
Kadang kala Perjanjian Lama agak mengelirukan dan sukar difahami, tetapi ia padat dengan cerita yang dipenuhi dengan kebijaksanaan yang dapat digunakan. Dalam Pelan 5 hari ini, kita akan meneliti cerita dalam dalam Perjanjian Lama—sebilangannya lebih diketahui ramai daripada yang lain—dan mencari wawasan baru yang akan mencabar kita dan membina iman kita.
More