Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 HariSampel
Allah Itu Berdaulat
Sama ada kita memenangi loteri atau menghabiskan $5 terakhir kita untuk burger, kita memilih untuk mempercayai Allah yang berdaulat. Kita percaya kerana Allah ialah Bapa yang baik yang memberikan apa yang baik kepada anak-anak-Nya. Disebabkan Dia berjanji untuk mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia, dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya (Roma 8:28).
Allah berkuasa ke atas segala-galanya, merancang setiap perincian kehidupan kita setiap hari. Menyedari bahawa Allah itu berdaulat bermaksud kita boleh mempercayai-Nya walau apa pun keadaan kita. John Piper pernah berkata, "Allah sentiasa mengendalikan ratusan ribu perkara sekaligus… Dia mungkin menunjukkan satu daripadanya kepada kita."
Ada kalanya, Tuhan memberikan kita sekilas pandang gambaran keseluruhannya tetapi Dia tidak perlu berbuat demikian. Dalam Ayub 38, Allah mengingatkan Ayub dan kawan-kawannya mengapa Dia tidak perlu menjelaskan diri-Nya. Dia menanya mereka, "Adakah engkau hadir ketika Aku mencipta dunia? Jika engkau sangat pandai, jawablah. Hai Ayub, pernahkah dalam hidupmu engkau mendatangkan pagi, dan memerintah fajar merekah?"
Apabila kita tidak merasakan kebenaran itu, kita menuntutnya sehingga pengetahuan umum berhubung dengan hati kita sehingga merasakannya. Allah, yang telah mengutus Anak-Nya untuk mati demi dosa kita, berhak bertindak sebagaimana yang Dia rasa wajar kerana jalan-Nya adalah lebih tinggi daripada jalan kita (Yesaya 55:8-9).
Ibrani 11:1 memberitahu kita bahawa beriman bererti yakin sungguh-sungguh akan perkara-perkara yang diharapkan, dan mempunyai kepastian akan perkara-perkara yang tidak dapat kita lihat. Kita mempercayai kekuasaan berdaulat Tuhan untuk memerintah, dan kita memilih untuk hidup dalam kebenaran itu.
Renungan:
- Adakah anda rasa mudah untuk mempercayai Allah untuk membuat keputusan tentang kehidupan anda? Mengapa ya atau mengapa tidak?
- Adakah terdapat mana-mana lingkungan kehidupan di mana anda mempersoalkan kedaulatan Allah? Apakah satu janji yang dibuat oleh Allah dalam Alkitab yang anda boleh terapkan dalam situasi tersebut?
Kitab
Perihal Pelan
Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan kita dengan-Nya. Allah menyatakan diri-Nya sepanjang Alkitab. Setiap nama bagi Allah memberitahu kita sesuatu tentang-Nya. Renungkan sifat Allah untuk 21 hari seterusnya dan lihatlah kasih anda terhadap-Nya bertumbuh.
More