Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 HariSampel
Allah Itu Mampu Diri
Anda ingat pertama kalinya anda mengayuh basikal tanpa bantuan orang lain? Menyedari bahawa ibu atau bapa anda telah melepaskan tangan dan anda tidak memerlukan mereka lagi amat membebaskan. Anda dipenuhi cetusan kemerdekaan dan keyakinan apabila anda mula menyedari bahawa anda mengawal keadaan itu. Anda boleh mengayuh ke mana sahaja yang diingini.
Kita boleh mencapai tahap yang sama dalam hubungan kita dengan Bapa syurgawi kita. Apabila keadaan berjalan lancar, kita berluncur sendiri seperti kita tidak memerlukan-Nya — sehingga kita melanggar bonggol jalan atau lopak. Pada waktu itu, kita diingatkan bahawa kita masihlah lemah dan kita sentiasa memerlukan Bapa kita.
Tidak seperti kita, Allah itu betul-betul mampu diri. Segala sesuatu miliknya untuk diberikan. Segala sesuatu yang kita miliki datang daripada Allah, dan kita tidak memiliki apa-apa untuk diberikan kepada-Nya yang tidak diberikan oleh-Nya kepada kita. Allah telah mencipta dunia ini dan segala isinya (Mazmur 24:1). Setiap pemberian yang baik datangnya daripada Dia. Allah tidak memerlukan istana atau bait. Sebaliknya, Dia memilih untuk diam dalam setiap seorang daripada kita, memenuhi kita dengan Roh-Nya, Roh Kudus. Allah memberikan hidup dan nafas dalam kita supaya kita mencari-Nya melalui kehendak bebas kita. Apabila kita berbuat demikian, Dia akan ditemui kerana Dia tidak berjauhan.
Allah tidak memerlukan apa-apa daripada kita. Dia ingin berhubungan dengan kita, mengetahui bahawa kehidupan kita adalah sempurna apabila dikongsikan dengan-Nya.
Renungan:
- Bagaimanakah rasanya mengetahui Allah tidak inginkan apa-apa daripada anda?
- Adakah anda melakukan sesuatu kerana anda rasa Allah mahu anda melakukannya?
- Apa, jika ada, perlu berubah berdasarkan apa yang telah anda baca hari ini?
Perihal Pelan
Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan kita dengan-Nya. Allah menyatakan diri-Nya sepanjang Alkitab. Setiap nama bagi Allah memberitahu kita sesuatu tentang-Nya. Renungkan sifat Allah untuk 21 hari seterusnya dan lihatlah kasih anda terhadap-Nya bertumbuh.
More