Kristus datang untuk semua orangSampel
Baru-baru ini, kami menjaga anak saudara perempuan yang berumur 10 tahun dan anak saudara lelaki yang berumur 12 tahun, dan salah satu perkara yang kami lakukan setiap pagi ialah membaca renungan yang pendek daripada buku cerita Alkitab Pastor Rick yang bertajuk “God’s Big Plans for Me.”
Semasa menulis ini, masyarakat kami sedang menghadapi pandemik COVID-19. Semua perbualan kami nampaknya berkisar pada cabaran, ketakutan, dan kebimbangan yang timbul kerana pandemik ini. Oleh itu, saya ingin menjadikan meja sarapan pagi kami tempat yang aman — tidak bercakap tentang COVID-19. Kami berbual dengan mesra, termasuk berbincang tentang kematian dan kebangkitan Yesus.
Saya kerap membuat anggapan tentang kepercayaan teras saya atau tidak berpeluang meringkaskannya menjadi bahan secekut yang mudah difahami. Maka, menjelaskan hal ini kepada seseorang yang lebih muda dan masih cuba memahami kepercayaan mereka merupakan latihan meregangkan iman bagi saya. Semasa kami bercakap tentang peristiwa yang berlaku pada penghujung hidup Yesus, saya mula mengingati betapa besar, betapa luar biasa, dan betapa berkuasanya kepercayaan teras yang menjadi pegangan orang Kristian ini. Sesungguhnya suatu harta karun yang dihargai oleh kita sebagai orang Kristian! Kita mengenali Dia yang ialah siapa yang dikatakan-Nya dan berkuasa melakukan apa yang Dia kata Dia akan lakukan — termasuk mengalahkan kematian!
Perkara yang paling indah tentang semua ini ialah Dia tidak berhenti di sini. Dia bukan sahaja melakukannya untuk murid-murid-Nya dan orang yang hidup pada ketika itu. Yesus datang ke bumi ini, mati, dan bangkit untuk setiap orang yang hidup di planet ini, daripada generasi ke generasi. Dia memikirkan tentang keabadian dalam hati-Nya — seluruh bangsa manusia dari mula hingga akhir. Apabila Yesus berjanji kepada murid-murid-Nya bahawa Dia akan menghadapi kematian dan menanggung penyakit kita dan memikul derita kita, Dia berjanji kepada kita bahawa Dia akan melakukan ini demi kebebasan kita dan kebebasan semua orang yang akan mempercayai Dia — walau apa pun usia, status ekonomi, atau keturunan anda.
To the young, to the old (Bagi orang muda, bagi orang tua)
Christ, You came for all (Kristus, Engkau datang untuk semua orang)
To the rich, to the poor (Bagi orang kaya, bagi orang miskin)
Christ, You came for all (Kristus, Engkau datang untuk semua orang)
To the ends of the earth (Sampai ke hujung bumi)
For the whole world (Bagi seluruh dunia ini)
Christ, You came for all (Kristus, Engkau datang untuk semua orang)
Doa:
Terima kasih Yesus kerana Engkaulah jalan, kebenaran dan hidup, yang saya boleh percayai sepenuhnya. Terima kasih kerana Engkau menepati janji-Mu dan kerana Engkau mati dan bangkit demi saya. Saya mempercayai bahawa Engkaulah Kristus, Anak Allah yang hidup. Saya mempercayai bahawa Engkau telah datang ke dunia ini, menjadi manusia, dan membiasakan diri dengan kelemahan saya — dipukul dan menanggung penyakit serta derita saya, disalibkan dan dibangkitkan, dan hidup sekarang ini! Tunjukkanlah kepada saya bagaimana saya harus berkongsi harta karun ini dan kebenaran yang menjadi pautan saya kepada orang yang telah ditempatkan oleh-Mu di sekeliling saya, termasuk keluarga saya dan orang muda yang baru percaya. Saya mengasihi-Mu, Yesus. Dalam nama-Mu saya berdoa, amin.
Temree Abajian, Saddleback Worship
Perihal Pelan
Kami telah menyediakan sumber ini untuk anda menjadi rapat dengan Allah dengan kepercayaan bahawa Kristus telah datang untuk semua orang, terutamanya anda!
More