Kristus datang untuk semua orangSampel

CHRIST CAME FOR ALL

HARI 1 DARIPADA 4

Kebanyakan daripada kita boleh memahami perasaan terjerat. Sama ada anda pernah tertinggal kunci dan tidak dapat memasuki rumah, atau kehabisan petrol di tepi jalan, rasa terjerat menimbulkan kekecewaan, ketidakupayaan, dan kemarahan. Dalam situasi ini, kita biasanya membuat panggilan telefon yang cepat kepada kawan atau kelab kereta kita dan boleh dikatakan selalu ada orang yang akan datang menyelamatkan kita. 

Kebanyakan daripada kita juga memahami perasaan takut, sakit, marah, atau malu yang timbul kerana dosa. Perasaan tersebut mungkin melumpuhkan atau menyebabkan kerosakan jangka panjang terhadap kehidupan yang sihat. Kita mungkin rasa terjerat oleh tabiat yang berbahaya, atau terikat kepada keputusan buruk masa lalu. Kita mungkin rasa terkurung oleh kesilapan kita dan berasa malu untuk mendapatkan bantuan. 

Ayat Alkitab dalam Roma 5:6-8 memberikan harapan dan tali keselamatan:

“Semasa kita dalam keadaan tidak berdaya, Kristus mati pada masa yang ditetapkan oleh Allah untuk menyelamatkan kita, orang yang jahat. Susahlah orang mahu mati bagi orang yang mentaati hukum agama. Mungkin ada orang yang bersedia mati bagi orang yang baik hati. Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa.”

Saya tidak dapat menahan diri daripada bersyukur dan berasa kagum dengan kemurahan hati Allah terhadap saya. Dia telah membebaskan saya daripada dosa saya dan hukuman mati. Tambahan lagi, Dia memanggil saya anak-Nya. Bacalah apa yang dikatakan oleh Rasul Paulus dalam Perjanjian Baru: 

“Dengan demikian kamu bukan lagi abdi, tetapi anak. Kerana kamu anak-Nya, Allah akan mengurniai kamu segala yang telah disediakan untuk anak-anak-Nya.” (Galatia 4:7)

Apakah yang menghalang anda daripada menjalankan kehidupan yang bebas? 

Adakah anda terjerat oleh rasa malu ekoran daripada keputusan lalu? Adakah anda menjadi kaku kerana ketakutan? Adakah anda menjadi lumpuh akibat ketagihan? Adakah anda dibelenggu oleh bohong iblis yang mengatakan anda tidak berharga atau tidak mudah disayangi?

Apabila Yesus mati di kayu salib, Dia telah memutuskan semua belenggu yang mengikat kita sebagai hamba dosa. Puji Allah! Dia telah membebaskan kita!

Our shame is gone (Rasa malu kita sudah lenyap)

And our chains no more (Dan belenggu kita diputuskan)

Hallelujah (Haleluya)

We stand in awe (Kita rasa kagum)

Doa:

Terima kasih Allah kerana Engkau telah berkorban untuk kebebasan kami. Terima kasih kerana Engkau mengasihi kami dan memanggil kami anak lelaki dan anak perempuan-Mu. Disebabkan oleh pengorbanan-Mu, kami boleh menjalankan hidup yang telah dirancang oleh-Mu untuk kami dengan yakin dan sukacita. Kami mempercayai-Mu untuk memikul penderitaan kami dan masa silam kami semasa kami mengorak langkah ke arah masa depan-Mu yang cerah. Kami rasa kagum kerana kasih kurnia-Mu yang dicurahkan kepada kami. Kami berdoa dalam nama Yesus, amin. 

 Stefanie Cassetto, Saddleback Worship

Hari 2

Perihal Pelan

CHRIST CAME FOR ALL

Kami telah menyediakan sumber ini untuk anda menjadi rapat dengan Allah dengan kepercayaan bahawa Kristus telah datang untuk semua orang, terutamanya anda!

More

Kami berterima kasih kepada Saddleback Worship kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.saddlebackworship.com/