Perkara yang Dikatakan Oleh BapaSampel

What The Father Says

HARI 3 DARIPADA 3

 Kamu Ada Di Telapak Tangan-Ku  

Bapa berkata, “Kasih-Ku yang sempurna lari memasuki hatimu, dan melenyapkan segala perasaan takut. Lepaskan genggamanmu, dan berpautlah kepada-Ku. Akulah Jehovah Jireh, Penyediamu. Akulah Jehovah Rapha, Penyembuhmu. Akulah Alfa dan Omega, dan Aku akan memenuhi harimu dengan kebaikan-Ku kerana kamu berhubungan dengan-Ku. Keluarga, kewangan, dan masa depan kamu; letakkan semuanya di kaki-Ku, dan lihatlah apa yang akan Aku lakukan apabila kamu mempercayai-Ku. Anak kesayangan-Ku, kamu ada di telapak tangan-Ku.”

Allah telah menjemput kita untuk menerima penyataan ini: kita ada di telapak tangan-Nya. Seperti lagu kanak-kanak, “S'luruh dunia di tangan-Nya!" Semasa berhadapan dengan kesusahan, memanglah penting untuk mendengar suara Bapa dan berharap dalam kedekatan-Nya. Bukan dengan kekuatan tentera ataupun kekuatanmu sendiri, melainkan dengan Roh-Nya. Dialah tempat persembunyian, pelindung, dan pertahanan kita. Dalam lingkungan yang diketahui dan yang tidak diketahui, pada masa sekarang dan masa akan datang, Dialah yang harus sentiasa menjadi tempat naungan kita.

  

Dalam 2 Tawarikh 20:17, Raja Yosafat sedang bertempur. Firman Tuhan berkata, "Kamu tidak perlu bertempur dalam peperangan ini. Ambillah tempat kamu lalu tunggulah. Kamu akan melihat TUHAN memberi kamu kemenangan. Janganlah takut atau ragu-ragu, hai penduduk Yehuda dan Yerusalem! Hadapilah musuh; TUHAN akan menyertai kamu!” Semasa mereka mara ke arah musuh mereka, Raja Yosafat dan rakyatnya menyembah dan meninggikan nama Allah dengan sepenuh hati!

Semasa mereka bernyanyi, Tuhan menimbulkan kekacauan di tengah-tengah musuh yang hendak menyerang mereka, dan musuh mereka dikalahkan.

Salah satu kedudukan iman yang terutama ialah berehat dalam dakapan Bapa dan memuji-Nya. Berharaplah dalam kebaikan Allah. Berharap dalam janji-Nya. Berharap dalam kemenangan-Nya. Berehat, dan Dia akan menguruskan segala-galanya. Seperti Yohanes yang dikasihi, duduklah bertelekan di sisi Yesus. Dalam kedekatan dan persekutuan inilah semua kekhuatiran dilenyapkan oleh denyutan hati Allah. Hati-Nya berdenyut demi anda. Bapa berkata, "Kamu ada di telapak tangan-Ku."

Semoga anda rasa terdorong oleh lirik lagu, Shalom, oleh Legacy Worship:

“It may not be a part of your plan (Mungkin bukan sebahagian daripada rancanganmu) 

But you’re in the palm of My hand (Tapi kamu ada di telapak tangan-Ku) 

I’ve got you (Aku berpihak kepadamu)

I’ve got you (Aku berpihak kepadamu)


I’m right here (Aku ada di sini) 

I’ve never left you (Aku tidak pernah meninggalkanmu)

I’m still here (Aku masih di sini)

I’m right beside you” (Aku ada di sisimu)

Hari 2

Perihal Pelan

What The Father Says

Fikiran berkasih Bapa terhadap anda adalah lebih banyak daripada butir pasir. Anda ialah anak kesayangan-Nya, dan anda menyenangkan hati-Nya! Renungan ini ialah jemputan agar anda mengalami sifat Bapa syurgawi anda yang sempurna dan indah. Dalam kasih-Nya, tiada pergelutan dan ketakutan, kerana anda berada di telapak tangan-Nya.

More

Kami berterima kasih kepada Christ for the Nations kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://cfni.org/