Perkara yang Dikatakan Oleh BapaSampel
Kamu Anak Yang Dikasihi-Ku
Bapa berkata, “Sebelum kamu dibentuk, Aku mengetahui setiap perincian reka bentukmu. Daripada bilangan rambut di kepalamu sehinggalah jangka masa hidupmu, Aku telah menciptamu untuk kegembiraan dan kemuliaan-Ku. Fikiran berkasih-Ku terhadapmu adalah lebih banyak daripada butir pasir. Kamulah anak yang dikasihi-Ku, dan Aku bangga menggelarmu sebagai milik-Ku.”
Anda ialah anak Allah! Banyak orang membesar dalam keluarga yang mempunyai bapa yang tidak aktif, yang lain pula membesar dengan bapa yang hebat, ataupun bapa yang langsung tidak hadir dalam hidup mereka. Lingkungan hidup inilah yang kerap menjadi kanta yang kita gunakan untuk memandang Bapa syurgawi kita.
Bagaimanakah anda memandang Abba Bapa anda?
Allison Fowler berkata, “Hati ialah kanta yang kita gunakan untuk melihat Allah. Jika kita enggan memaafi, kepahitan dan kemarahan kita menjadi kotoran yang mengaburi keupayaan kita untuk melihat-Nya dengan jelas." Maka, jemputlah Tuhan untuk menjauhkan hati anda daripada kepercayaan palsu tentang sifat-Nya, yang terbentuk daripada pengasuhan anda atau cabaran yang dihadapi. Biarlah realiti sifat-Nya menyelami anda: sifat Allah merupakan penjelmaan kesempurnaan, kebaikan, dan kasih; murni, tidak bercacat cela, atau kerut.
Luangkan masa, tutup mata anda, dan merenungi sifat Allah yang indah. Minyak penyembuhan dari syurga memenuhi hati anda sekarang ini, menghapuskan kekaburan, dan membuka mata hati anda. Dengarlah suara Bapa anda semasa Dia membisikkan kebenaran kepada roh anda, dan terimalah kasih-Nya yang besar, yang kelimpahan daripada hati-Nya kepada anda. Bapa berkata, "Kamu anak yang dikasihi-Ku.”
Perihal Pelan
Fikiran berkasih Bapa terhadap anda adalah lebih banyak daripada butir pasir. Anda ialah anak kesayangan-Nya, dan anda menyenangkan hati-Nya! Renungan ini ialah jemputan agar anda mengalami sifat Bapa syurgawi anda yang sempurna dan indah. Dalam kasih-Nya, tiada pergelutan dan ketakutan, kerana anda berada di telapak tangan-Nya.
More