Keyakinan dan Bukan Ketakutan Semasa PandemikSampel
Adakah Ia Akan Memberikan Kesan Kepada Saya?
Apabila ribut melanda, reaksi kita yang paling biasa adalah berfikir bagaimana ribut itu akan mempengaruhi kita secara peribadi. Memanglah penting untuk mengingati bahawa kita tidak bersendirian, Yesus menyertai kita di dalam perahu mengharungi badai bersama-sama! Saya ingin menggalakkan anda di tengah-tengah ribut itu agar anda tetap teguh dalam iman.
SOALAN PENERAPAN KEHIDUPAN
- Betul-betul jujur terhadap diri anda – pada ketika ini, betapa banyaknya kepentingan diri sendiri, naluri anda untuk pemeliharaan diri, yang menguasai fiikiran anda?
- Bagaimanakah anda mengaitkan diri dengan gambaran para murid (yang baru menyaksikan Yesus memberikan makanan kepada 5,000 orang) yang berapat-rapat di dalam perahu itu kerana risau akan keselamatan mereka?
- Bagi anda, apakah maksudnya Yesus yang mendekati anda di tengah-tengah ribut dan laut yang bergelora?
- Sekali lagi, berterus terang terhadap diri anda, adakah anda mengaitkan diri dengan Petrus yang melangkah ke luar perahu di tengah-tengah ribut, atau dengan sebelas orang murid yang lain?
- Luangkan masa untuk berdoa dan memohon agar Allah memberikan anda keberanian untuk melangkah ke luar perahu dengan beriman di tengah-tengah pandemik ini.
Kitab
Perihal Pelan
Ketika ketakutan menguasai banyak hati – termasuk hati orang yang mempercayai Yesus – sudah tiba masanya untuk menyatakan pendirian. Sudah tiba masanya untuk menjadi berani dalam iman kita, untuk menyinarkan terang kasih Yesus ke dalam hati orang di sekeliling kita. Sertai Berni Dymet daripada Christianityworks apabila ia membuka Firman Allah untuk membenarkan Roh Kudus untuk menghembuskan keyakinan damai ke dalam anda.
More