Keyakinan dan Bukan Ketakutan Semasa PandemikSampel
Dia Menguruskan Segala Sesuatu
Memanglah sukar untuk beriman kuat ketika takut. Apabila anda diselubungi kerisauan dan ketidakpastian, memanglah sukar untuk mengelakkan ini daripada mempengaruhi fikiran anda, keadaan anda dan gaya hidup sehari-hari anda. Bagaimanakah kita berpegang teguh pada iman kita? Dalam renungan hari ini, saya akan berkongsi tentang langkah-langkah yang anda boleh ambil supaya tidak dikuasai perasaan takut.
SOALAN PENERAPAN KEHIDUPAN
- Pada pendapat anda, betapa kuatnya iman anda pada masa ini? Mengapakah anda berfikir demikian?
- Apakah yang dinyatakan oleh reaksi anda terhadap pandemik coronavirus berkenaan kepercayaan anda terhadap Yesus?
- Sekarang bukalah Alkitab dan membaca Mazmur 139:16. Apakah implikasi jangka masa hidup anda yang sudah ditetapkan oleh Allah, sebelum satu hari pun bermula?
- Apakah maksud kenyataan tersebut kepada anda, pada hari terakhir anda, bila-bila pun itu akan berlaku (sama ada tidak lama lagi atau kemudian)?
- Luangkan masa untuk berdoa agar Allah Roh Kudus akan mencatatkan kebenaran yang berkuasa ini dalam hati anda.
Kitab
Perihal Pelan
Ketika ketakutan menguasai banyak hati – termasuk hati orang yang mempercayai Yesus – sudah tiba masanya untuk menyatakan pendirian. Sudah tiba masanya untuk menjadi berani dalam iman kita, untuk menyinarkan terang kasih Yesus ke dalam hati orang di sekeliling kita. Sertai Berni Dymet daripada Christianityworks apabila ia membuka Firman Allah untuk membenarkan Roh Kudus untuk menghembuskan keyakinan damai ke dalam anda.
More