Kehidupan Terubah: Selepas PenceraianSampel

Living Changed: After Divorce

HARI 6 DARIPADA 7

Tujuan

Ketika anda sedang menderita, keadaan itu jarang masuk akal kerana anda belum melihat hasilnya lagi. Anda tidak faham bagaimana penderitaan itu akan memanfaatkan anda. Walau bagaimanapun, Tuhan berjanji dengan kita bahawa Dia mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik. Segala hal. Ya, termasuk ini. 

Apabila perceraian saya diselesaikan, saya berasa sedih tetapi berharapan. Walaupun saya tidak pasti tentang masa depan saya, saya yakin bahawa Tuhan mempunyai rancangan untuk hidup saya dan Dia akan menggunakan perceraian saya untuk membawa sesuatu yang baik. 

Selepas beberapa ketika, saya mula berfikir bagaimana hendak menggunakan bakat dan minat yang telah diberikan oleh Tuhan untuk membantu wanita lain yang dalam proses bercerai. Saya berfikir saya tidak mungkin dapat melalui penceraian saya tanpa wanita yang mengasihi dan mendorong saya sepanjang waktu itu. Mereka memastikan saya makan, mereka bermalam di rumah saya untuk menemani saya, mereka berdoa untuk saya, dan sentiasa bersedia untuk menjawab panggilan saya. Tuhan tahu bahawa saya memerlukan komuniti wanita itu dan Dia menempatkan mereka dalam hidup saya pada masa yang tepat. Saya ingin berbuat demikian untuk orang lain.

Ini memang tidak mudah, tetapi saya bermula dengan satu kumpulan yang kecil. Saya perlu menyediakan kurikulum, terus berhimpun walaupun hanya seorang wanita sahaja yang hadir, dan membantu ibu tunggal berhubungan dengan asuhan kanak-kanak. Hal yang lebih sukar lagi ialah saya perlu mengelakkan kumpulan kami daripada tenggelam dalam kenegatifan, menggalakkan mereka tanpa menjadikan perasaan mereka tidak sah, dan mempelajari bagaimana untuk tidak membawa beban mereka bersama dengan saya. Hal ini memanglah berbaloi. Wanita yang dibawa oleh Tuhan kepada kumpulan ini memerlukan satu sama lain dan akan sentiasa mempunyai hubungan yang rapat.

Saya bersukacita mengenangkan kumpulan itu. Daripada sesuatu yang teruk dan menyakitkan, Tuhan menghasilkan keindahan dan persahabatan. Anda mungkin tidak melihatnya lagi, tetapi Dia bersedia untuk melakukan hal yang sama dalam hidup anda. 

Tuhan amat mengasihi anda sehinggakan Dia tidak mahu membiarkan kesedihan anda untuk menenggelamkan anda. Benarkan Dia untuk mengeluarkan anda daripada kesengsaraan anda dengan memberikannya tujuan. Tanyalah apa yang Dia ingin lakukan dalam anda dan melalui anda. Mungkin Dia mahu anda untuk menghiburkan hati seseorang dengan berkongsi pengalaman anda sahaja. Mungkin Dia menggerakkan anda untuk berkongsi pengalaman anda melalui blog atau hantaran media sosial, menulis sebuah buka, atau memulakan suatu pelayanan. 

Sentiasa berjaga-jaga, dengarlah galakan Dia, dan mengikut teladan-Nya. Tiada ketaatan yang terlalu kecil atau tidak penting. Anda mungkinlah orang yang betul-betul diperlukan oleh seseorang yang sedang mengalami waktu yang paling sukar dalam kehidupan mereka.

Tuhan, terima kasih kerana Engkau menggunakan penderitaan saya untuk menghasilkan yang baik untuk saya. Terima kasih kerana Engkau memberikan saya tujuan dan kerana Engkau menggunakan saya untuk memuliakan nama-Mu. Sedarkan saya akan galakan-Mu dan tolonglah saya untuk memahami arahan-Mu dengan jelas supaya saya boleh menjadi saluran pekerjaan baik-Mu. Tolonglah saya untuk mengalihkan tumpuan terhadap diri saya kepada orang yang memerlukan bantuan saya. Yang terutama, saya ingin mengerjakan kehendak-Mu dan menyenangkan hati-Mu. Terima kasih kerana pimpinan dan kasih-Mu. Dalam nama Yesus yang mulia, Amin.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Living Changed: After Divorce

Penceraian memilukan hati Tuhan. Dia tidak suka melihat kita menderita dan berpaut pada rasa bersalah, malu, dan takut. Dia mahu kita untuk menerima kasih kurnia-Nya dan mengetahui bahawa kita dikasihi, dihargai, dan tidak dapat diganti walaupun kita bersalah. Walau apa pun keadaan anda, pelan ini akan membantu anda menemukan penyembuhan daripada penceraian anda, supaya anda dapat menjalankan hidup tertebus yang diberikan kepada anda oleh Tuhan—hidup yang dipenuhi dengan harapan, sukacita, dan tujuan.

More

Kami berterima kasih kepada Changed Women's Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.changedokc.com/