Kehidupan Terubah: Selepas PenceraianSampel
Apabila Ia Berlaku Pada Anda
Tuhan tidak mahu kita bercerai. Dia merancang perkahwinan untuk kekal sepanjang hayat, dan Dia bersedih apabila kita tidak menepati janji kita. Apabila perkahwinan berakhir dengan penceraian, ia memisahkan dua orang yang telah menjadi satu. Ini merupakan satu penderitaan besar yang Tuhan tidak mahu kita alami.
Saya masih ingat perasaan saya ketika suami saya minta cerai. Saya rasa terkejut dan sedih. Saya menjadi bingung dan cuba memulihkan hubungan kami. Saya rasa hidup yang kami bina melenyap. Saya tidak faham sebab-musababnya. Saya rasa nafas saya tertahan.
Pada hari-hari selepas itu, saya cuba meneruskan hidup dan sorong maju. Saya menganggap diri sebagai peralatan rosak yang tidak diinginkan oleh sesiapa pun. Saya berasa jijik, bersalah dan malu. Saya meyakinkan diri saya bahawa saya serba kekurangan, tidak berharga dan tidak patut dikasihi, jika tidak suami saya tidak akan meninggalkan saya. Saya takut dan mempercayai bahawa saya sudah terlalu tua untuk berkahwin lagi dan akan sentiasa hidup dalam kesepian.
Mungkin cerita anda sama seperti saya, dan anda percaya bahawa anda tidak berharga kerana dia tidak kekal di sisi anda dan berjuang demi anda. Atau anda percaya anda tidak patut dikasihi kerana apa yang telah anda lakukan sehingga memusnahkan perkahwinan anda. Walau apa pun keadaan anda, semua anggapan tersebut adalah karut. Sama ada suami anda berlaku curang terhadap anda atau anda yang berlaku curang, anda telah ditinggalkan ataupun anda telah meninggalkannya, anda tetaplah dikasihi oleh Tuhan. Anda dikasihi oleh Pencipta alam semesta ini, dan Dia mengasihi anda yang seadanya.
Dalam penderitaan kita yang tidak terhingga, Tuhan tidak mencela kita. Sebaliknya, Dia memilih untuk memandang kita melalui kanta kasih kurnia dan berbelas kasihan terhadap kita. Tuhan kita adalah lebih besar daripada apa-apa jua dalam dunia ini. Jika kita membenarkan-Nya, Dia dapat menyembuhkan penderitaan kita, menebus kita, malahan menggunakan pengalaman kita untuk menghasilkan sesuatu yang indah.
Yesus, terima kasih kerana Engkau tidak pernah meninggalkan saya. Saya tidak patut menerima kasih kurnia, belas kasihan dan kasih-Mu, tetapi saya sentiasa bersyukur kerana menerimanya. Tuhan, sembuhkan keseksaan dalam batin saya. Hapuskan rasa bersalah dan rasa malu saya. Gantikan kata-kata karut bahawa saya tidak cukup baik dengan kebenaran-Mu bahawa saya dikasihi. Bantulah saya untuk mempercayai bahawa saya amat dikasihi, diinginkan dan tidak dapat diganti. Saya berterima kasih kerana Engkau memperbaharui jiwa saya dan tidak meninggalkan saya bersendirian. Tunjuklah kepada saya jalan ke depan dan tolonglah saya supaya mengikut-Mu. Dalam nama Yesus yang maha berkuasa, Amin.
Perihal Pelan
Penceraian memilukan hati Tuhan. Dia tidak suka melihat kita menderita dan berpaut pada rasa bersalah, malu, dan takut. Dia mahu kita untuk menerima kasih kurnia-Nya dan mengetahui bahawa kita dikasihi, dihargai, dan tidak dapat diganti walaupun kita bersalah. Walau apa pun keadaan anda, pelan ini akan membantu anda menemukan penyembuhan daripada penceraian anda, supaya anda dapat menjalankan hidup tertebus yang diberikan kepada anda oleh Tuhan—hidup yang dipenuhi dengan harapan, sukacita, dan tujuan.
More