Renungan Andrew MurraySampel
SALIB KRISTUS
Salib Kristus ialah kemuliaan terbesar-Nya. Disebabkan Dia merendahkan diri untuk mati di atas salib, Allah telah meninggikan-Nya. (Lihat Filipi 2:8-9.) Salib merupakan kuasa yang menewaskan Iblis dan dosa.
Orang Kristian berkongsi dengan Kristus dalam salib. Kristus yang telah disalibkan hidup dalam orang Kristian melalui Roh Kudus, dan semangat salib memberikannya ilham. Ia hidup sebagai orang yang telah mati bersama dengan Kristus. Apabila ia menyedari kuasa penyaliban Kristus, ia hidup sebagai orang yang telah mati terhadap dunia dan dosa, dan kuasa itu menjadi kenyataan dalam kehidupannya. Kristus yang telah disalibkanlah yang diam dalamnya.
Tuhan kami berkata kepada murid-murid-Nya, "Memikul salib [kamu] dan mengikut Aku" (Matius 16:24). Adakah mereka memahami ini? Mereka pernah melihat orang memikul salib, dan mereka mengetahui bahawa itu bermaksud kematian yang menyakitkan. Seluruh hidup-Nya, Kristus memikul salib—hukuman mati bahawa Dia akan mati demi dunia ini. Demikian juga, setiap orang Kristian mesti memikul salibnya, mengakui bahawa ia patut mati, dan mempercayai bahawa ia telah disalibkan dengan Kristus dan bahawa Dia yang telah disalibkan hidup dalamnya. "Manusia lama kita telah turut disalibkan" (Roma 6:6). "Demikianlah, orang yang menjadi milik Kristus Yesus sudah mematikan tabiat manusia dengan segala nafsu dan keinginannya" (Galatia 5:24). Apabila kami telah menerima kehidupan salib ini, kami akan berupaya berkata dengan Paulus, "Tetapi aku hanya mahu membanggakan Tuhan kita Yesus Kristus yang sudah mati pada kayu salib" (Galatia 6:14).
Ini merupakan kebenaran rohani yang mendalam. Fikirlah dan berdoa tentang ini, dan Roh Kudus akan mengajar anda. Biarlah pembawaan Kristus di salib, kerendahan diri-Nya, pengorbanan semua penghormatan duniawi-Nya, roh penafian diri-Nya, menguasai anda. Kuasa kematian-Nya akan bekerja dalam anda, anda akan menjadi seperti Dia dalam kematian-Nya, dan anda akan "mengenal Kristus dan mengalami kuasa yang membangkitkan Dia daripada kematian" (Filipi 3:10). Luangkan masa, para pembaca, supaya Kristus melalui Roh-Nya boleh menyatakan diri-Nya sebagai Dia yang telah disalibkan.
Perihal Pelan
Andrew Murray ialah seorang pastor Afrika Selatan yang telah menulis banyak buku dan bahan renungan kecil untuk menyebarkan Firman Allah kepada ahli kariah luar bandar. Disusun daripada banyak buku kesayangan Murray, renungan yang meningkatkan kehidupan ini akan membawa penghiburan harian dan menyegarkan anda dalam perjalanan anda dengan Allah.
More