Renungan Andrew MurraySampel

Andrew Murray Devotional

HARI 5 DARIPADA 7

KETAATAN

Allah memerintah Israel semasa Dia memberikan mereka hukum: "Dengarkanlah suara-Ku...dan Aku akan menjadi Allahmu" (Yeremia 11:4). Walau bagaimanapun, Israel tidak berkuasa untuk mematuhi hukum itu. Jadi Allah memberikan mereka satu perjanjian yang baru, untuk membolehkan umat-Nya untuk menjalankan kehidupan yang taat. Kami membaca, "Aku akan menyimpan hukum-Ku dalam batin mereka, dan menulisnya pada hati mereka" (Yeremia 31:33); "Aku akan menyebabkan mereka takut dan hormat kepada-Ku dengan sepenuh hati supaya mereka tidak meninggalkan Aku" (Yeremia 32:40); "Aku akan membuat kamu hidup menurut segala ketetapan-Ku" (Yehezkiel 36:27). Janji yang menakjubkan ini memberikan Israel keyakinan bahawa ketaatan akan menghasilkan kegembiraan.

Lihatlah apa yang Tuhan Yesus kata tentang ketaatan: "Sesiapa yang menerima dan melakukan perintah-perintah-Ku, mengasihi Aku" (Yohanes 14:21); "Sesiapa mengasihi Aku akan mentaati ajaran-Ku. Bapa-Ku akan mengasihi dia. Bapa-Ku dan Aku akan datang kepada orang itu dan tinggal dengan dia" (ayat 23); "Jika kamu mentaati perintah-Ku, Aku akan tetap mengasihi kamu" (Yohanes 15:10). Kata-kata ini merupakan khazanah yang tidak akan habis. Melalui iman kami boleh benar-benar mempercayai Kristus untuk membolehkan kami untuk menjalankan kehidupan yang dipenuhi kasih dan ketaatan.

Tiada bapa boleh melatih anaknya melainkan mereka taat. Tiada guru boleh mengajar kanak-kanak yang terus mengingkarinya. Tiada jeneral yang boleh memimpin askarnya untuk menang tanpa ketaatan segera. Berdoalah agar Allah akan mengecapkan pelajaran ini dalam hati anda: kehidupan beriman ialah kehidupan ketaatan. Sebagaimana Kristus hidup taat kepada Bapa, maka kami juga, memerlukan ketaatan untuk kehidupan yang dipenuhi kasih akan Allah.

Namun, banyak orang berfikir, "Saya tidak mungkin taat; itu adalah mustahil." Ya, mustahil kepada anda tetapi tidak mustahil kepada Allah. Dia telah berjanji untuk "membuat kamu hidup menurut segala ketetapan[-Nya]" (Yehezkiel 36:27). Berdoa dan merenung tentang kata-kata ini, dan Roh Kudus akan mencelikkan mata anda, supaya anda akan berkuasa melaksanakan kehendak Allah. Biarlah persekutuan anda dengan Bapa dan dengan Tuhan Yesus Kristus memiliki satu matlamat ini: kehidupan taat yang tenang, gigih, dan tidak goyah.

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Andrew Murray Devotional

Andrew Murray ialah seorang pastor Afrika Selatan yang telah menulis banyak buku dan bahan renungan kecil untuk menyebarkan Firman Allah kepada ahli kariah luar bandar. Disusun daripada banyak buku kesayangan Murray, renungan yang meningkatkan kehidupan ini akan membawa penghiburan harian dan menyegarkan anda dalam perjalanan anda dengan Allah.

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada Whitaker House kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.whitakerhouse.com/product/andrew-murray-devotional/