Allah Menyertai KitaSampel

God With Us

HARI 6 DARIPADA 7

Gembala

Sementara gelaran gembala membawa maksud yang khusus kepada orang Yahudi pada zaman itu, memanglah mudah bagi kita untuk membaca rujukan itu sepintas lalu dan terlepas magnitud apa yang dikatakan oleh Allah tentang sifat Yesus.

Peranan tradisional gembala tidaklah glamor. Sebenarnya, pekerjaan ini adalah susah, memerlukan waktu kerja yang panjang dan berbahaya serta memerlukan komitmen sepenuhnya terhadap kesejahteraan kawanan domba mereka. Seseorang gembala memimpin kawanan domba ke makanan dan tempat perlindungan, menghitung setiap satunya setiap malam, dan mencari serta menyelamatkan domba yang sesat. Ia juga melindungi kawanan domba daripada pencuri dan pemangsa sehingga menjejaskan keselamatan dirinya.

Sebagaimana domba tidak mempunyai naluri untuk makanan, cenderung berkeliaran dan sesat, dan mengalami kesulitan balik ke tempat tinggal, kita juga, tidak bertujuan tanpa gembala kita. Dalam Yesus, kita menemukan bekalan keperluan, perlindungan, dan pimpinan yang sangat diperlukan.

Sepanjang Perjanjian Baru, kita diingatkan tentang peranan Yesus sebagai Gembala yang Baik. Dalam Perumpamaan tentang Domba yang Sesat, gembala itu meninggalkan 99 dombanya untuk mencari satu domba yang sesat, memberikan kita gambaran yang indah akan hati Allah terhadap orang yang sesat dan komitmen-Nya untuk membawa kita pulang dengan selamat.

Dalam Filipi, kita diingatkan oleh Rasul Paulus bahawa Allah akan memenuhi semua keperluan kita melalui Yesus, sebagaimana seorang gembala menjaga setiap keperluan kawanan dombanya. Sekali lagi, dalam Lukas 13, Yesus berbicara tentang keinginan kuat-Nya untuk melindungi anak-anak-Nya, sekiranya kita rela mengikut-Nya.

Dalam Yohanes 10:27-30 BM, Yesus berkata:

Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku. Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal, dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku. Apa yang diberikan oleh Bapa-Ku kepada-Ku lebih besar daripada segala-galanya. Tidak seorang pun dapat merampas mereka daripada tangan Bapa. Bapa dan Aku satu.

Sesungguhnya seorang Gembala yang Baik!

Semasa kita menghampiri hari Krismas, ingatlah bahawa Yesus ialah Gembala kita yang Baik dan dalam Dia kita menemukan bekalan keperluan, hidup abadi, dan janji bahawa tiada orang yang dapat merampas kita daripada perlindungan-Nya. Sebagaimana seorang gembala tidak dapat menjaga kawanan dombanya dari jauh, Yesus sentiasa berada di sisi kita. Marilah kita mendengar suara-Nya, dipenuhi keyakinan bahawa Dia adalah dekat, dan bahawa Dia memimpin kita ke padang rumput.

Doa: Bapa, terima kasih kerana memberikan gambaran Yesus yang indah sebagai Gembala yang Baik, dan kerana Engkau memenuhi semua keperluan saya melalui-Nya. Berikan saya telinga untuk mendengar suara-Mu dengan jelas dan keberanian untuk mengikut ke mana jua yang Engkau panggil. Saya mempercayai bahawa Engkau hanya menyediakan perkara yang baik untuk saya, dan saya tidak mungkin terlepas daripada penjagaan-Mu.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

God With Us

Hari Krismas adalah masa yang dipenuhi sukacita, menandakan kelahiran Yesus, Penyelamat kita. Terdapat banyak nubuatan sepanjang Alkitab tentang kedatangan Yesus, dan melalui renungan ini, kita akan meneliti lima nama yang digunakan oleh Allah dalam Alkitab untuk mengumumkan kedatangan-Nya. Kita akan meneliti bagaimana Yesus terjelma dalam nama tersebut dan bagaimana ia masih relevan kepada kita hari ini seperti pada waktu Dia hidup di dunia ini.

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.churchofthehighlands.com