Bebas Pornografi Dengan John BevereSampel

Memutuskan Kuasa Rasa Malu
Hari ini saya ingin menangani salah satu taktik musuh yang tersembunyi dan paling berbahaya: rasa malu. Musuh bercakap dengan kedua-dua belah mulutnya. Ia menggoda anda untuk berjalan di atas jalan yang gelap, menjanjikan bahawa ia akan membawa kepuasan, sukacita, dan keseronokan. Kemudian, sebaik sahaja anda tunduk kepada pencubaan, ia mengecam dan mengutuk anda. Jika anda mendengar suara musuh, pelbagai kacau-bilau akan tercetus dalam kehidupan anda.
Memang normal dan sihat untuk orang percaya rasa sesal dan sedih bahawa mereka telah menyedihkan hati Allah, menyakiti orang lain, dan menerima sesuatu yang bukan hal yang terbaik daripada Allah apabila mereka berdosa. Akuilah tindakan anda secara jujur—memalukan, berdosa, salah. Sesudah itu, bertaubat—berhenti melakukan perkara yang menyedihkan hati Allah. Walau bagaimanapun, jangan dengar suara rasa malu yang mengutuk. Biarlah Allah mendefinisikan anda, bukan didefinisikan oleh pergumulan anda.
Paulus, diilhamkan oleh Roh Kudus, mengkhabarkan dengan berani, "Sekarang tidak ada lagi hukuman bagi mereka yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus" (Roma 8:1 BM).
Sekiranya anda berada dalam Kristus, sungguh penting agar anda menyedari bahawa Dia tidak mengutuk anda. Tiada apa-apa yang anda boleh buat untuk membuat-Nya kurang mengasihi anda. Dia berpihak kepada anda, bukan melawan anda. Dia ialah penyokong anda.
Itulah sebabnya mengapa penulis Ibrani memberikan kita dorongan ini: "Oleh itu, marilah kita dengan penuh keberanian menghadap takhta Allah, kerana di situ rahmat-Nya melimpah. Di situ kita akan menerima belas kasihan-Nya dan mengalami kasih-Nya, pada masa kita memerlukan pertolongan" (Ibrani 4:16 BM).
Sekiranya anda jatuh, jangan biarkan rasa malu memegang anda. Bangkitlah dan lari ke dalam dakapan Bapa syurgawi anda. Dalam dakapan-Nya, anda akan mendapati diri anda telah disucikan, dibersihkan, dan kudus. Penyataan menakjubkan ini tidak akan membawa anda balik kepada dosa; sebaliknya, ini akan mendorong anda ke arah kebenaran.
Ingatlah bahawa kebaikan Allah-lah yang memimpin kita kepada pertaubatan. Biarlah kasih-Nya membersihkan hati anda, hidup dalam kekaguman akan segala sesuatu yang dilakukan-Nya untuk anda dan telah memberikan anda dalam Kristus, dan memasuki kebebasan yang dibeli-Nya untuk anda.
Saya berharap anda mendapati renungan lima hari ini berguna! Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang cara memenangi perang melawan pornografi, lihatlah kursus Porn Free, yang memberikan anda panduan terperinci untuk membebaskan diri dan kekal bebas.
Perihal Pelan

Ini bukanlah pelan untuk mengasak anda, memberitahu anda untuk melipatgandakan usaha anda, dan mengurus diri. Pelan Bebas Pornografi akan memegang tangan anda dengan kasih sayang, menemui anda di mana anda berada, dan memimpin anda dengan kasih karunia dan kebenaran ke arah kebebasan.
More
Pelan yang Berkaitan

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Bangkitlah dan Bersinarlah

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Benih: Apa dan Mengapa

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan
