Bebas Pornografi Dengan John BevereSampel
Mencantas Pencubaan
Kita telah berbincang tentang kepentingan membaharui fikiran kita pada hari sebelumnya. Demi berjalan dalam kebebasan, anda perlukan cara berfikir yang baru yang selaras dengan kebenaran Firman Allah dan bukannya dusta musuh yang mengikat kita. Itu merupakan aspek yang genting dalam perjalanan anda ke arah kebebasan—dan itu sememangnya satu perjalanan. Itu tidak berlaku dalam waktu yang singkat.
Sementara itu, semasa fikiran anda dibaharui dan semasa anda belajar menjadikan setiap fikiran taat kepada Kristus, memanglah penting untuk menetapkan batasan yang sesuai dalam kehidupan anda.
Alkitab mengingatkan kita: "Jangan ke tempat orang jahat pergi dan jangan contohi mereka. Jangan taruh perhatian kepada mereka. Jauhilah mereka dan jalanlah terus" (Amsal 4:14-15 BM)
Sekiranya anda ingin berjalan bebas daripada dosa, anda perlu menjauhkan diri daripada jalan yang membawa kepada dosa. Anda sahaja yang mengetahui pencetus tertentu anda—perkara yang menjatuhkan anda ke jalan yang gelap. Sudah tiba masanya untuk berterus terang tentang perkara tersebut dan mencantasnya daripada kehidupan anda.
Bagi banyak antara anda, ini bermaksud menghapuskan aplikasi tertentu daripada telefon anda, ataupun memutuskan sambungan Internet telefon anda untuk satu musim. Banyak orang juga mendapati berguna untuk membataskan keupayaan mereka memasang aplikasi pada telefon mereka dengan melindungi tindakan itu dengan kata laluan, dikawal oleh seorang kawan baik yang akan bersekutu dengan mereka dalam perjalanan ke kebebasan mereka. Turut berguna untuk memasang perisian akauntabiliti pada semua peranti anda supaya anda boleh mendedahkan semua aktiviti skrin anda.
Perkara utama yang saya ingin anda peroleh daripada ini adalah: ketika anda membaharui fikiran anda, dan selepas itu juga, memang bijak untuk mengambil tindakan yang sesuai untuk menjauhi pencubaan. Alkitab adalah jelas bahawa kita harus menjauhkan diri daripada perbuatan cabul—tidak melihat betapa dekat kita boleh sampai pada batas kita tanpa melepasi batas itu. Sekiranya anda inginkan kebebasan, anda perlu berhenti menempah kejahatan dan mula menjauhkan diri daripadanya.
Perihal Pelan
Ini bukanlah pelan untuk mengasak anda, memberitahu anda untuk melipatgandakan usaha anda, dan mengurus diri. Pelan Bebas Pornografi akan memegang tangan anda dengan kasih sayang, menemui anda di mana anda berada, dan memimpin anda dengan kasih karunia dan kebenaran ke arah kebebasan.
More