Keputusan Terpenting Dalam Kehidupan Anda!Sampel

Keputusan Terpenting Dalam Kehidupan Anda!

HARI 6 DARIPADA 7

"Pertimbangan Akhir"

Jika anda tidak pernah menerima Yesus dalam kehidupan anda, ataupun jika anda pernah menerima-Nya dahulu, tetapi tidak lagi hidup demi-Nya, anda boleh membuat komitmen baru pada Dia HARI INI dengan mengucapkan satu doa ringkas secara ikhlas. Doa itu mungkin seperti ini,

"Yesus, saya sedar bahawa saya berdosa, dan hanya Engkau boleh membebaskan saya daripada hukuman dosa. Saya meminta Engkau untuk menyertai kehidupan saya dan menghapuskan semua dosa saya. Tolonglah saya untuk hidup demi-Mu dalam setiap lingkungan kehidupan saya, setiap hari sepanjang hayat saya. Terima kasih kerana menyertai kehidupan saya dan membebaskan saya!"

Jika anda mengucapkan doa itu secara ikhlas, mempercayai bahawa Yesus akan melakukan apa yang dijanji-Nya, anda baru menerima keselamatan, dan telah mengubah nasib abadi anda untuk bersama dengan-Nya selama-lamanya!

Jika anda telah mengambil keputusan untuk mengikuti Kristus, kami ingin menerima maklum balas anda, dan memberikan anda bahan renungan tambahan dalam App Alkitab untuk membantu anda dalam perjalanan baru ini. Klik pautan di bawah:

SAYA TELAH MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENGIKUTI YESUS!  

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Keputusan Terpenting Dalam Kehidupan Anda!

Kebanyakan keputusan dalam kehidupan adalah penting. Walau bagaimanapun, hanya satu keputusan adalah paling penting. Jika anda mencari panduan mudah untuk pemahaman yang mendalam tentang keputusan yang luar biasa ini - hadiah keselamatan Tuhan yang percuma - mulalah di sini. Dipetik daripada buku, "Out of this World: A Christian's Guide to Growth and Purpose" oleh David J. Swandt.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3