Keputusan Terpenting Dalam Kehidupan Anda!Sampel
"Keselamatan: Peranan Tuhan dan Peranan Anda"
Keselamatan anda menyatukan dua keputusan yang penting. Keputusan pertama adalah keputusan yang dibuat Tuhan pada suatu masa yang lampau untuk mengutuskan Anak-Nya ke dunia untuk menjadi satu-satunya Penyelamat kita. Keputusan kedua adalah keputusan anda untuk menerima Anak-Nya sebagai Penyelamat ANDA.
"Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah, itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri." Efesus 2:8-9 TB
KASIH KARUNIA ditakrifkan sebagai perkenanan yang tidak patut diberikan atau tidak sewajarnya diperoleh. Kasih karunia adalah peranan Tuhan dalam keselamatan, dan Dia memberikan perkenanan-Nya kepada manusia dalam bentuk kurnia yang sempurna, Yesus Kristus. Melalui salib, Yesus membayar sepenuhnya hukuman dosa kita. Melalui Yesus, lambang kasih karunia Tuhan, perbuatan baik tidak dikehendaki daripada kita, ia juga tidak mungkin dibayar balik oleh kita. Kita tidak dapat memperoleh keselamatan kita; ia adalah pemberian percuma yang tersedia kepada semua orang, tidak memerlukan pembayaran daripada kita.
IMAN ditakrifkan sebagai bukti bahawa sesuatu wujud walaupun ia tidak dapat dilihat atau disentuh dari segi fizikal. Iman diperlukan daripada kita dalam keselamatan, dan oleh iman, sebagai tindakan kehendak kita, kita memilih untuk menyerahkan kehidupan kita kepada Tuhan dengan menjadikan Yesus Tuhan kehidupan kita. Sesudah menerima kasih karunia Tuhan oleh iman melalui Yesus Kristus, anda tidak diragui, ditakdirkan untuk keabadian bersama dengan Tuhan di syurga. Anda menjadi 100% pasti tentang kenyataan itu!
Sementara perbuatan baik tidak dapat menghasilkan keselamatan kita, ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan Kristian kita selepas kita menerima Yesus.
"Kita ciptaan Allah dan kerana kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, Allah telah menjadikan kita untuk mengamalkan perbuatan baik, yang sudah disediakan-Nya untuk kita lakukan." Efesus 2:10
Tuhan mempunyai tujuan khusus untuk setiap kehidupan kita, di mana sebahagian besarnya perinciannya adalah antara anda dan Dia. Namun, Tuhan mempunyai satu tujuan yang sama bagi semua anak-Nya, iaitu, mengerjakan iman kita dengan melakukan perbuatan baik. Apabila kita berbuat demikian, kita memenuhi satu peranan penting dalam rancangan Tuhan untuk kehidupan kita, dan kita diberi penghormatan menyinarkan kasih-Nya terhadap orang lain. Keselamatan adalah satu permulaan baru dan juga satu penamatan serta sebab untuk perayaan. Anda adalah ciptaan baru, terubah selama-lamanya!
Kitab
Perihal Pelan
Kebanyakan keputusan dalam kehidupan adalah penting. Walau bagaimanapun, hanya satu keputusan adalah paling penting. Jika anda mencari panduan mudah untuk pemahaman yang mendalam tentang keputusan yang luar biasa ini - hadiah keselamatan Tuhan yang percuma - mulalah di sini. Dipetik daripada buku, "Out of this World: A Christian's Guide to Growth and Purpose" oleh David J. Swandt.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3