Info Pelan

Tidak Mengkhuatiri Apa-apaSampel

Anxious For Nothing

HARI 4 DARIPADA 7

Yesus menemui kita di tengah-tengah kekhuatiran, meskipun pada waktu kita tidak merasakan hadirat-Nya pada mulanya. Chelsea mengalami kekhuatiran buat pertama kalinya selepas menamatkan pengajian di kolej. Berikut adalah ceritanya tentang cara Allah telah memimpinnya keluar daripada kegelapan dan kepada ketenangan-Nya. 



Perasaan takut, bimbang, dan kemurungan adalah nyata. Saya hampir tidak dapat makan kerana rasa loya setiap hari. Saya tidur lebih daripada 12 jam setiap malam, tetapi setiap pagi adalah satu pergumulan untuk bangun. Saya benar-benar asyik dengan fikiran saya pada kebanyakan hari sehinggakan saya tidak bercakap. Saya mendapatkan bantuan keluarga, doktor, kaunselor, pastor, dan kawan, tetapi hari-hari kelam saya kelihatan tidak henti-henti.



Kita semua mengalami hari-hari kelam. Dan hari kelam tersebut mungkin berlanjutan menjadi minggu. Ataupun bulan. Ataupun tahun. Walau bagaimanapun, jika anda mengetahui cerita hari Jumaat Agung, hari Yesus memberikan hidup-Nya untuk anda, kawan, anda tahu adanya berita baik. Hari Jumaat adalah kelam, tetapi hari Ahad akan datang! 



Kita mempunyai harapan dalam kekelaman, dan harapan kita mempunyai nama. Nama-Nya ialah Yesus. 



Pada hari saya yang paling kelam, suatu hari Jumaat dalam bulan Julai, akhirnya saya mendekati Dia sebagaimana Dia sentiasa mendekati saya. Saya berdoa: 



Yesus, tolonglah saya untuk menolak dusta musuh.

Yesus, tolonglah saya untuk mengatasi hati saya yang bimbang.

Yesus, tolonglah saya untuk mempercayai bahawa Engkau berkuasa.

Yesus, tolonglah saya untuk mempercayai bahawa Roh yang telah membangkitkan Engkau daripada kematian diam dalam saya.



Dua hari kemudian, pada hari Ahad, saya bangun tanpa rasa berat kemurungan dan tanpa perasaan bimbang. Buat pertama kalinya dalam tempoh yang panjang, saya merasakan ketenangan-Nya. Dan saya mengalami penyembuhan luar biasa yang hanya dapat dijelaskan oleh kebaikan Allah.



Semasa waktu kelam saya, Yesus memberikan saya harapan. Meskipun ketika saya tidak merasakan hadirat-Nya, Dia ada. Setiap hari yang saya rasa berjauhan daripada-Nya, Dia menarik saya mendekati-Nya.



Saya tidak tahu sama ada anda akan mengalami penyembuhan serta-merta yang luar biasa daripada penderitaan anda seperti saya. Namun, saya tahu Allah pasti menyertai anda dalam penderitaan anda itu. 



Yesus memahami penderitaan manusia. Dia mengambil berat. Dia cukup mengambil berat untuk meninggalkan Syurga dan mati demi kita untuk menghapuskan kekelaman kita sekali untuk selama-lamanya. 



Alkitab mengatakan: … hidup itu memberikan cahaya kepada manusia. Cahaya ini bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak dapat memadamkannya. Yohanes 1:4-5 BM



Hari Ahad akan datang. 



-Chelsea  


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Anxious For Nothing

Bagaimana kalau terdapat cara yang lebih baik untuk mengatasi kebimbangan yang tidak habis-habis yang menyebabkan anda tidak dapat tidur? Ketenangan sebenar sedia ada—barangkali lebih dekat daripada yang difikirkan anda....

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami