Tidak Mengkhuatiri Apa-apaSampel

Anxious For Nothing

HARI 3 DARIPADA 7

Adakah ketenangan betul-betul mungkin hari ini? Cheri memulakan pencariannya 11 tahun yang lalu. Berikut adalah penemuannya sepanjang perjalanan itu: 

Ingatan saya terhadap hari itu sangat jelas. Hari saya memutuskan bahawa saya tidak boleh terus hidup seperti itu lagi.

Saya, seorang pengikut Kristus yang berdedikasi, memberikan respons terhadap kehidupan seperti semua orang yang lain. Saya hidup dalam ketakutan dan kerisauan, namun, saya sedar itu tidak harus berlaku! Saya membaca secara konsisten dalam Firman Allah supaya jangan takut dan jangan khuatiri apa-apa. Walau bagaimanapun, itu kedengaran mustahil!

Allah banyak bercakap tentang ketakutan dan penawarnya dalam Alkitab: ketenangan. Sebagai contoh, Yesus dan murid-murid-Nya sedang menyeberangi Tasik Galilea dengan perahu apabila angin ribut yang kencang mengancam untuk menenggelamkan mereka. Mereka berusaha untuk mengelak daripada tenggelam, dan apa yang dilakukan oleh Yesus? Dia tidur dengan lena! Di tengah-tengah ribut.

Murid-murid-Nya menanya, "Guru, tidakkah Guru peduli? Kita hampir tenggelam!" Yesus bangun lalu menengking angin ribut, dan tasik menjadi tenang sekali. Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Mengapakah kamu takut? Mengapa kamu masih belum percaya kepada-Ku?”" Markus 4:40 BM

Itu hampir menyimpulkan perbualan saya dengan Allah. Saya boleh rasa Dia menanya saya mengapa saya takut, dan saya membalas, Tidakkah jawapannya jelas? Lihatlah keadaan saya! Siapa yang mungkin tidak takut?

Dalam pencarian ketenangan saya, beberapa perkara menjadi sangat jelas.

  1. Keadaan saya menentukan tahap ketenangan saya. Jika keadaan kehidupan adalah baik, maka, saya berasa tenang. Jika ribut menyelubungi saya, saya berasa tertekan, bimbang, dan penat sepanjang masa—letih kerana emosi saya. Saya sama seperti murid-murid dalam ribut itu. Saya berasa takut akan ribut, tersinggung, dan keliru kerana saya fikir Allah tidak mengambil berat. Namun, Yesus membawa saya kepada hujah seterusnya.
  2. Yesus cuba mengajar saya bahawa ketenangan adalah mungkin, walau apa pun ribut yang melanda. Dapatkah anda mengaitkan diri dengan pertempuran ini? Memanglah tidak senang, bukan? Saya masih bergumul untuk memahami bagaimana Yesus boleh menjangka saya untuk mengalami ketenangan semasa ribut, tertanya-tanya sama ada Dia betul-betul mengambil berat, apabila saya menyedari hujah besar yang seterusnya. 
  3. Ribut saya menunjukkan tahap kepercayaan saya. Ketenangan tidak bermaksud segala sesuatu akan berjalan lancar dalam kehidupan anda. Ketenangan bermaksud berasa tenang apabila ribut menggoncangkan kehidupan anda. Saya belum tahu cara mempercayai Allah dan menemukan ketenangan meskipun dalam ribut tersebut. Sudahkah anda terkena dinding itu?

Memanglah jelas bahawa saya mempunyai ruang untuk bertumbuh lagi. Namun, saya menyedari bahawa jalan kepada ketenangan ditemui dalam kepercayaan dan penetapan fikiran kita pada Dia yang tidak pernah menjadi goyah kerana ribut. Ini tidak berlaku dengan segera, tetapi sedikit demi sedikit, semakin banyak ketenangan dan rehat memberikan nafas baru kepada jiwa saya yang letih dan tidak bermaya. 

-Cheri  

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Anxious For Nothing

Bagaimana kalau terdapat cara yang lebih baik untuk mengatasi kebimbangan yang tidak habis-habis yang menyebabkan anda tidak dapat tidur? Ketenangan sebenar sedia ada—barangkali lebih dekat daripada yang difikirkan anda. Gantikan panik dengan ketenangan melalui Pelan Alkitab 7 hari daripada Life.Church ini, disertakan bersama siri mesej Anxious for Nothing oleh Pastor Craig Groeschel.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

Pelan yang Berkaitan