Mengapa Yesus?Sampel
Apa yang perlu kita lakukan?
Perjanjian Baru menjelaskan bahawa kita perlu melakukan sesuatu untuk menerima kurnia yang diberikan oleh Allah. Ini adalah suatu tindakan beriman. Yohanes menulis bahawa ‘Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal’ (Yohanes 3:16).
Mempercayai melibatkan tindakan beriman, berdasarkan segala sesuatu yang kita ketahui tentang Yesus. Ini bukan keyakinan melulu. Ini melibatkan menaruh kepercayaan terhadap Seseorang. Walau bagaimanapun, ini seumpama langkah beriman yang diambil oleh pasangan pengantin ketika mereka mengatakan, ‘Saya berjanji’ pada hari perkahwinan mereka.
Cara kita mengambil langkah beriman ini adalah amat berbeza, tetapi saya ingin menggambarkan satu cara anda boleh mengambil langkah beriman ini pada waktu ini. Ia dapat diringkaskan dalam tiga perkataan sahaja:
‘Maaf’
Anda perlu meminta Allah untuk mengampunkan semua kesilapan anda dan menolak segala sesuatu yang anda sedar adalah salah dalam kehidupan anda. Inilah yang dimaksudkan oleh 'bertaubat' dalam Alkitab.
‘Berterima kasih’
Kita percaya bahawa Yesus telah mati di atas salib untuk kita. Anda perlu bersyukur kepada-Nya kerana mati untuk anda dan kerana kurnia pengampunan, kebebasan dan Roh-Nya secara percuma.
‘Tolong’
Allah tidak pernah mengasakkan diri ke dalam hidup kita. Anda perlu menerima kurnia-Nya dan menjemput-Nya untuk datang dan agar Roh-Nya diam dalam anda.
Sekiranya anda hendak menjalin hubungan dengan Allah dan anda sudah bersedia untuk menyatakan tiga perkataan ini, berikut ialah doa ringkas yang boleh anda ucapkan lalu memulakan hubungan tersebut:
Tuhan Yesus Kristus,
Saya meminta maaf kerana semua kesalahan yang telah saya lakukan (luangkan masa untuk memohon pengampunan-Nya kerana kesalahan tertentu yang mengganggu hati nurani anda). Ampunkan saya. Sekarang ini, saya lari daripada segala sesuatu yang saya sedar adalah salah. Saya bersyukur kerana Engkau telah mati di atas salib untuk saya supaya saya boleh diampunkan dan dibebaskan. Terima kasih kerana Engkau telah memberikan pengampunan dan kurnia Roh-Mu kepada saya. Saya menerima kurnia ini. Datanglah ke dalam hidup saya melalui Roh Kudus-Mu yang menyertai saya selama-lamanya. Terima kasih. Tuhan Yesus. Amin.
Kitab
Perihal Pelan
Sekarang ini, banyak orang bingung tentang Yesus. Mengapakah seseorang yang telah dilahirkan 2,000 tahun dahulu menimbulkan minat orang ramai? Mengapakah kita harus mengambil peduli untuk membongkar rahsia itu? Dalam pelan bacaan 5 hari ini, yang telah diadaptasi daripada buku Nicky Gumbel, Why Jesus?, ia menjawab soalan-soalan berkaitan dengan identiti Yesus, mengapa Dia datang untuk mati, dan mengapa kita begitu memerlukan-Nya.
More