Mengapa Yesus?Sampel
Siapakah Yesus?
Yesus merupakan manusia yang paling luar biasa yang pernah hidup. Dia merupakan teras peradaban kita. Lagipun, kita menggolongkan peristiwa yang berlaku sebelum-Nya ‘Sebelum Masihi’ dan peristiwa yang berlaku selepas-Nya ‘Tahun Masihi.’
Sesetengah orang fikir Dia hanya seorang 'guru agama yang baik'. Namun, pendapat itu tidak selaras dengan fakta.
a) Dakwaan-Nya
Yesus mendakwa bahawa Dia ialah Anak Allah yang unik – yang mempunyai kedudukan yang sama dengan Allah. Dia berkuasa mengampunkan dosa. Dia berfirman bahawa Dia akan menghakimi dunia pada suatu hari nanti dan bahawa hal yang penting pada masa itu adalah respons kita terhadap-Nya dalam kehidupan ini.
C. S. Lewis menyatakan: ‘Seorang manusia biasa yang mengatakan apa yang dikatakan oleh Yesus bukanlah seorang guru moral yang agung.’ Dia sama ada orang gila ataupun Dia ialah 'Iblis Neraka.’ 'Kamu mesti membuat pilihan,’ tulisnya. Sama ada Yesus merupakan, dan masihlah, Anak Allah ataupun Dia ialah orang gila ataupun iblis.
b) Sifat-Nya
Banyak orang yang tidak mengaku ialah orang Kristian menganggap Yesus sebagai contoh kehidupan yang tidak mementingkan diri yang terulung.
Tentang pengajaran-Nya, disetujui ramai bahawa ia adalah pengajaran yang paling suci dan yang terbaik yang pernah disampaikan oleh seseorang manusia.
Bagi C. S. Lewis, Dia jelasnya bukan orang gila atau iblis, maka ia menyimpulkan, ‘walau betapa ganjil atau menakutkan atau mustahil pun, saya terpaksa menerima pandangan bahawa Dia merupakan dan masihlah Allah.’
c) Dia menakluki kematian
Bukti untuk kebangkitan jasmani adalah sangat kuat. Ketika murid-Nya pergi ke kubur Yesus, mereka mendapati mayat-Nya tiada di sana.
Sepanjang enam minggu seterusnya, Dia telah dilihat oleh lebih daripada 500 orang. Kehidupan murid tersebut mengalami transformasi dan gereja Kristian dilahirkan, kemudiannya berkembang dengan pesatnya.
Seorang bekas Yang Arif Hakim Besar England, Lord Darling, berkata tentang kebangkitan: ‘Menyokongnya sebagai kebenaran yang hidup adalah bukti yang banyak, yang positif dan yang negatif, yang berdasarkan fakta dan yang berdasarkan keadaan, sehinggakan tiada juri yang bijak di dunia ini akan gagal memutuskan bahawa cerita kebangkitan adalah benar.’ Satu-satunya penerangan yang memuaskan bagi fakta tersebut adalah Yesus benar-benar telah bangkit daripada kematian, lalu membuktikan bahawa Dia merupakan, dan masihlah, Anak Allah.
Perihal Pelan
Sekarang ini, banyak orang bingung tentang Yesus. Mengapakah seseorang yang telah dilahirkan 2,000 tahun dahulu menimbulkan minat orang ramai? Mengapakah kita harus mengambil peduli untuk membongkar rahsia itu? Dalam pelan bacaan 5 hari ini, yang telah diadaptasi daripada buku Nicky Gumbel, Why Jesus?, ia menjawab soalan-soalan berkaitan dengan identiti Yesus, mengapa Dia datang untuk mati, dan mengapa kita begitu memerlukan-Nya.
More