Aku Mengenali Kamu: Renungan daripada Time of GraceSampel

I Know You: Devotions From Time of Grace

HARI 4 DARIPADA 4

Aku tahu bahawa kamu saling mengasihi, kamu setia

Kita dahaga akan pengakuan. Akuilah. Apabila kita melakukan sesuatu dengan baik atau telah membantu seseorang, kita menjangkakan dan menginginkan pujian "Syabas!" atau "Hebatnya kamu!" Akan tetapi, kebanyakan daripada pekerjaan iman dilakukan dengan beberapa orang saksi sahaja, ataupun tidak diketahui langsung. Siapakah yang melihat masa yang dihabiskan bersama pesakit palsi serebrum? Siapakah yang melihat anda semasa anda membersihkan laluan jalan kaki balu tua yang tinggal di rumah sebelah anda, apabila anda membantu abang ipar anda yang buta angka untuk mengemas kini hal-hal cukainya? Semasa anda membelikan barangan runcit untuk seseorang pesakit di rumah? Apabila anda membimbing kanak-kanak yang menghadapi masalah pelajaran di sekolah? Semasa anda menghabiskan sejam bercakap melalui telefon dengan kawan yang ingin membunuh diri?

Allah melihatnya. Anda boleh menganggap bahawa Dia melihat semuanya dan setiap kali anda membantu seseorang dalam perjalanannya, wajah-Nya berseri. Dia memberitahu orang Kristian di Tiatira, "Aku mengetahui semua yang sudah kamu lakukan. Aku tahu bahawa kamu saling mengasihi, kamu setia, kamu saling menolong, dan kamu tabah menanggung penderitaan. Aku tahu bahawa kamu sekarang melakukan lebih banyak kerja berbanding dahulu semasa kamu mula-mula percaya kepada-Ku" (Wahyu 2:19).

Apabila Yesus meninggalkan bumi, Dia mengutuskan Roh-Nya untuk menguatkan kita untuk kenaikan pangkat kita. Pada dasarnya, Dia telah memberikan kita kerja-Nya--untuk mengkhabarkan berita baik injil dan menyokong integriti mesej itu dengan kehidupan yang meyakinkan orang tentang kata-kata kita. Jangan risau jika kadang-kadang pelayanan anda terhadap orang lain nampaknya tidak kelihatan dan tidak dihargai. Peribadi yang paling dihargai anda pasti berasa teruja dengan perbuatan anda.
Hari 3

Perihal Pelan

I Know You: Devotions From Time of Grace

Allah telah menciptakan kita secara unik. Dia mengetahui kesedihan, kegembiraan, kekuatan, dan kelemahan kita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Time of Grace Ministry kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.timeofgrace.org