Aku Mengenali Kamu: Renungan daripada Time of GraceSampel
Aku mengetahui kesusahan dan kemiskinan kamu
Kita suka mendengar cerita kemenangan yang menggembirakan dalam kehidupan orang Kristian. Apabila orang dengan mikrofon memberikan kesaksian, ucapan mereka selalu berakhir dengan kemenangan. Sentiasanya wujud pasaran untuk pembentangan "saya seorang pemenang". Siapakah yang mahu mendengar kesaksian daripada orang Kristian yang terseksa oleh penderitaan dan tidak dapat membayar bilnya?
Allah mahu mendengarnya. Dia mahu mendengar segala sesuatu daripada kita, bukan pada waktu bahagia, waktu kaya-raya, waktu baik, waktu memiliki pekerjaan, dan waktu keluarga bersatu sahaja. Dia mengenali kita dan Dia mengasihi kita juga semasa kita menghidapi leukemia, MS, palsi serebrum, atau sindrom Down. Dia mengasihi kita apabila kita duduk di pejabat peguam jatuh muflis atau menerima petisyen cerai. Dia mengasihi kita walaupun kita berada di sel penjara atau pusat pemulihan atau kaunseling psikiatrik.
Dia tahu bahawa kita rasa patah hati. Maka, Dia sedar bahawa Dia perlu mengutuskan seorang Penyelamat--kerana kita tidak dapat menyelamatkan diri. Kepada orang Kristian di Smirna, Allah mengatakan, "Aku mengetahui kesusahan kamu; Aku tahu bahawa kamu miskin - tetapi sebenarnya kamu kaya!" (Wahyu 2:9). Kekayaan mereka, dan kita, bukan berdasarkan wang atau harta tanah atau saham dalam perniagaan. Ia adalah berdasarkan kasih perjanjian-Nya yang dinyatakan kepada kita dalam kehidupan dan pekerjaan Yesus Kristus yang kudus. Kekayaan mereka, dan kita, adalah berdasarkan keanggotaan kita dalam keluarga Allah, dan keupayaan kita memanggil Allah Bapa.

Kitab
Perihal Pelan
Allah telah menciptakan kita secara unik. Dia mengetahui kesedihan, kegembiraan, kekuatan, dan kelemahan kita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Time of Grace Ministry kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.timeofgrace.org