Mengapa Paskah?Sampel
Kebebasan untuk apa?
Yesus tidak lagi berada di dunia ini secara fizikal, tetapi Dia tidak meninggalkan kita bersendirian. Dia telah mengutuskan Roh Kudus-Nya untuk menyertai kita. Apabila Roh-Nya datang untuk diam dalam kita, Dia memberikan kita kebebasan yang baru.
Kebebasan untuk mengenali Allah
Kesalahan yang kita lakukan menimbulkan halangan antara kita dan Allah: 'Dosa kamu memisahkan kamu daripada-Nya' (Yesaya 59:2). Apabila Yesus mati pada salib, Dia memusnahkan halangan yang wujud antara anda dan Allah. Akibatnya, Dia memungkinkan kita untuk berhubungan dengan Pencipta kita. Kita menjadi anak lelaki dan anak perempuan-Nya. Roh meyakinkan kita akan hubungan ini, dan Dia membantu kita mengenali Allah dengan lebih baik. Dia membantu kita berdoa dan memahami firman Allah (Alkitab).
Kebebasan untuk mengasihi
'Kita mengasihi orang lain, kerana Allah mengasihi kita terlebih dahulu' (1 Yohanes 4:19). Semasa kita melihat salib, kita memahami kasih Allah terhadap kita. Apabila Roh Allah datang untuk hidup dalam kita, kita mengalami kasih itu. Apabila kita mengalami kasih itu, kita menerima kasih baru terhadap Allah dan terhadap orang lain. Kita dibebaskan untuk menjalankan kehidupan yang dipenuhi kasih—satu kehidupan yang berpusatkan mengasihi dan melayani Yesus serta mengasihi dan melayani orang lain dan bukannya kehidupan yang berpusatkan diri sendiri.
Kebebasan untuk berubah
Ada kalanya kita berkata, 'Kamu adalah kamu. Kamu tidak dapat berubah.' Berita baiknya adalah dengan bantuan Roh, kita boleh berubah. Roh Kudus memberikan kita kebebasan untuk menjalankan kehidupan yang kita selalu inginkan jauh di lubuk hati. Rasul Paulus memberitahu kita bahawa buah Roh adalah 'saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia, rendah hati, dan dapat mengawal diri' (Galatia 5:22-23). Apabila kita meminta Roh Allah untuk datang dan hidup dalam kita, sifat baik tersebut mula bertumbuh dalam kehidupan kita.
Perihal Pelan
Apakah yang penting tentang Paskah? Mengapakah ada begitu banyak minat dalam seseorang yang dilahirkan 2,000 tahun lalu? Mengapakah begitu banyak orang berasa teruja tentang Yesus? Mengapakah kita memerlukan-Nya? Mengapakah Dia datang? Mengapakah Dia mati? Mengapakah sesiapa pun harus bersusah payah mendapat tahu? Dalam pelan 5 hari ini, Nicky Gumbel berkongsi jawapan yang menambat perhatian kepada soalan tersebut.
More