Mengapa Paskah?Sampel
Kebebasan daripada apa?
Yesus membayar, dengan darah-Nya pada salib, wang tebusan untuk membebaskan kita.
Kebebasan daripada rasa bersalah
Sama ada kita rasa bersalah atau tidak, kita memang bersalah di hadapan Allah kerana banyak kali di mana kita telah melanggar hukum-Nya dalam fikiran, pertuturan dan perbuatan. Sebagaimana apabila seseorang melakukan jenayah adanya hukuman yang perlu dikenakan, demikian jugalah adanya hukuman kerana melanggar hukum Allah. 'Kematian adalah upah dosa' (Roma 6:23).
Hasil daripada perbuatan salah kita adalah kematian rohani—dipisahkan daripada Allah selama-lamanya. Kita patut dikenakan hukuman itu. Pada salib, Yesus menanggung hukuman itu bagi pihak kita supaya kita boleh diampunkan sepenuhnya dan rasa bersalah kita boleh disingkirkan.
Kebebasan daripada ketagihan
Yesus berkata 'setiap orang yang berbuat dosa adalah hamba dosa' (Yohanes 8:34). Yesus mati untuk membebaskan kita daripada perhambaan. Pada salib, kuasa ketagihan diputuskan. Walaupun kita mungkin jatuh dari masa ke masa, kuasa ketagihan ini telah diputuskan apabila Yesus membebaskan kita.
Kebebasan daripada ketakutan
Yesus datang supaya 'dengan kematian-Nya Dia dapat memusnahkan Iblis yang menguasai kematian. Dengan cara itu Dia membebaskan mereka yang seumur hidup diperhamba, kerana takut akan kematian' (Ibrani 2:14-15). Kita tidak perlu takut akan kematian lagi.
Kematian bukanlah keakhiran bagi orang yang telah dibebaskan oleh Yesus. Sebaliknya, ia merupakan pintu masuk ke syurga, di mana kita akan dibebaskan daripada kehadiran dosa. Apabila Yesus membebaskan kita daripada ketakutan akan kematian, Dia juga membebaskan kita daripada semua ketakutan yang lain.
Perihal Pelan
Apakah yang penting tentang Paskah? Mengapakah ada begitu banyak minat dalam seseorang yang dilahirkan 2,000 tahun lalu? Mengapakah begitu banyak orang berasa teruja tentang Yesus? Mengapakah kita memerlukan-Nya? Mengapakah Dia datang? Mengapakah Dia mati? Mengapakah sesiapa pun harus bersusah payah mendapat tahu? Dalam pelan 5 hari ini, Nicky Gumbel berkongsi jawapan yang menambat perhatian kepada soalan tersebut.
More