ALLAH + MATLAMAT: Bagaimana Menetapkan Matlamat Sebagai Seorang KristianSampel

GOD + GOALS: How To Set Goals As A Christian

HARI 4 DARIPADA 5

HARI 4: Bagaimanakah saya mencapai matlamat saya dan tidak melampaui kehendak Allah? 

Anda berdiri di garis mula, anda ingin mengejar matlamat yang dipimpin oleh Allah, dan.... anda berasa takut. Anda takut untuk mengambil tindakan tentang matlamat tersebut, terlalu tertumpu pada mencapainya sehinggakan anda mengetepikan Allah dalam proses itu. Bagaimanakah anda menetapkan fokus anda pada Allah dan mencapai matlamat anda pada masa yang sama?

Pertama, matlamat yang betul akan memimpin anda pada jalan-Nya, dalam cara-Nya, bukan menjauhi-Nya. 

Kedua, anda tidak menetapkan matlamat dan meluncur daripada itu. Allah mahu anda untuk tetap berhubungan dengan-Nya dalam setiap langkah sepanjang perjalanan itu, dan Dia akan membimbing anda. Pada asasnya, Dialah matlamat itu. Menurut tujuan yang telah ditetapkan oleh-Nya untuk kita bagaikan mengikut peta yang telah disediakan-Nya. Dia tahu jalannya. 

Sebagaimana yang anda lakukan semasa perjalanan yang panjang, sentiasa periksa peta untuk memastikan anda menuju arah yang betul. Jika anda lupa akan rancangan itu, anda mungkin mendapati diri berada di jalan yang asing bagi anda. Namun, kembali ke rancangan itu, dan anda akan kembali ke landasan yang betul! Allah tidak kisah sama ada anda mencapai kemajuan yang sempurna dari segi matlamat itu; Dia inginkan hati anda. Langkah demi langkah, doa demi doa, waktu demi waktu semasa anda mencari Dia, anda akan kekal pada jalan yang betul. Hubungan dengan Dia akan mengawal pertalian anda dengan-Nya.

Berdoalah bersama saya: Tuhan, saya takut untuk mengambil jalan yang bukan jalan-Mu. Berikan saya roh yang tidak menjadikan saya penakut, tetapi roh yang melengkapi saya dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri (2 Timotius 1:7). Terima kasih kerana peta—Firman-Mu—dan kerana keupayaan berdoa secara langsung kepada-Mu! Tolong saya untuk tetap tertumpu pada-Mu sebagai matlamat saya dan bukannya pada persetujuan orang lain, sanjungan, atau kepuasan melengkapkan perkara pada senarai. Saya ingin bekerja keras untuk-Mu kerana sebab yang betul. Terima kasih kerana membimbing saya dan memastikan saya mengikut jalan-Mu! Dalam nama Yesus. Amin.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

GOD + GOALS: How To Set Goals As A Christian

Adakah okey untuk menetapkan matlamat sebagai orang Kristian? Bagaimanakah anda tahu sama ada sesuatu matlamat itu adalah daripada Allah atau diri sendiri? Bagaimanapun, apakah rupa matlamat Kristian? Dalam pelan bacaan 5 hari ini, anda akan meneliti Firman dan menemukan kejelasan serta arah untuk menetapkan matlamat yang dibangkitkan oleh kasih kurnia!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Cultivate What Matters kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.cultivatewhatmatters.com/youversion