ALLAH + MATLAMAT: Bagaimana Menetapkan Matlamat Sebagai Seorang KristianSampel
![GOD + GOALS: How To Set Goals As A Christian](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F13611%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
HARI 2: Bagaimana anda tahu sama ada matlamat itu adalah daripada Allah atau diri sendiri?
Anda mula melihatnya: tanpa matlamat, anda mungkin merayau-rayau tanpa tujuan dalam kehidupan ini. Matlamat yang dipimpin oleh Allah adalah baik. Tetapi! Bagaimana anda tahu sama ada matlamat itu dipimpin oleh Allah atau berasal daripada diri sendiri? Bagaimanakah anda membezakannya? Anda berasa takut akan memilih matlamat yang salah!
Adakah anda sedar apa yang begitu menakjubkan tentang Allah? Banyak perkara, tetapi khususnya, Dia mahu berada di sisi anda sepanjang hidup anda. Apabila anda rasa sesat dalam matlamat dan tujuan anda, atau tidak pasti pilihan mana yang harus dibuat, Dia mahu anda meminta bantuan-Nya—dan Dia suka memberikan bantuan! Yakobus memberitahu kita, 'Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya; kerana Allah memberikan dengan murah hati dan dengan sukacita kepada setiap orang" (Yakobus 1:5 BM).
Tidak pasti sama ada rancangan anda adalah baik untuk dijadikan matlamat?
Periksa dahulu:
- Buka Firman dan cari ayat atau cerita tertentu dalam Alkitab yang mengesahkan matlamat dalam fikiran anda itu. Adakah matlamat anda bersifat alkitabiah? Adakah terdapat ayat Alkitab khusus yang mengesahkannya? 'Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah' (2 Timotius 3:16 BM).
- Tanya Dia! Berdoa dan minta Allah untuk menunjukkan anda jalan yang Dia ingin anda ambil. 'Aku akan menunjukkan jalan yang harus kauikuti. Engkau akan Kubimbing dan Kunasihati' (Mazmur 32:8 BM).
- Minta kawan yang dipercayai atau mentor yang mengasihi Allah untuk bimbingan. 'Rancangan berjaya jika disertai banyak nasihat; rancangan gagal jika tidak disertai pertimbangan' (Amsal 15:22 BM).
Ingat, tiada satu rumus ajaib khusus yang sesuai untuk mendedahkan matlamat melainkan Allah sendiri. Jika jawapannya belum jelas, jangan putus asa! Ini mungkinlah sebahagian daripada proses yang Dia mahu anda lalui. Ketika penantian, kita diperhalus dan disediakan untuk apa yang bakal berlaku. Tunggulah kebijaksanaan-Nya, dan Dia akan memberikannya kepada anda pada waktu-Nya yang sempurna!
Berdoalah bersama saya: Tuhan, terima kasih kerana Firman-Mu! Saya bersyukur kerana pimpinan dan kebijaksanaan-Mu yang jelas. Tolonglah saya untuk membezakan matlamat dan rancangan yang terhasil kerana kasih saya untuk-Mu dan untuk tujuan yang lain. Tolonglah saya untuk mengenal suara-Mu, mempercayai pimpinan-Mu, dan mencari-Mu melebihi segala sesuatu yang lain. Dalam nama Yesus. Amin!
Perihal Pelan
![GOD + GOALS: How To Set Goals As A Christian](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F13611%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Adakah okey untuk menetapkan matlamat sebagai orang Kristian? Bagaimanakah anda tahu sama ada sesuatu matlamat itu adalah daripada Allah atau diri sendiri? Bagaimanapun, apakah rupa matlamat Kristian? Dalam pelan bacaan 5 hari ini, anda akan meneliti Firman dan menemukan kejelasan serta arah untuk menetapkan matlamat yang dibangkitkan oleh kasih kurnia!
More